GLOBAL

General

UMK SAHUT SARANAN KPT KONGSI KEPAKARAN DAN PEMINDAHAN ILMU KEPAKARAN KEPADA MASYARAKAT

BACHOK 2 Disember 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyambut baik serta menyokong saranan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, yang mahu pengkaji dan akademia di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT)  berkongsikan bidang kepakaran masing-masing sebagai usaha pemindahan ilmu kepada masyarakat.

Ini susulan situasi semasa banjir yang menjejaskan sembilan negeri pada ketika ini dan dalam kenyataan beliau bahawa satu kajian berkaitan banjir perlu dilaksanakan bagi mencari solusi dan idea inovatif untuk mengurangkan kemudaratan serta impak bencana ini pada masa akan datang.

Justeru, UMK antara IPT yang terjejas dan terkesan dengan fenomena banjir ini  telah mengambil inisiatif untuk berkongsi ilmu menerusi temu bual khas oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) merangkap Profesor Psikologi Kaunseling, Prof. Dr. Huzili Hussin, bertajuk Isu Krisis Emosi Semasa Banjir yang bersiaran di Kelantan FM pada 1 Disember 2024.

Dalam temubual itu, Prof. Dr. Huzili menekankan bahawa pemantapan jiwa dan pemikiran menurut perspektif psikologi perlu diberi perhatian supaya  kita dapat hidup dengan tenang dan tenteram walaupun ‘digasak’ dengan ujian ini.

Beliau berkata, sejajar dengan krisis banjir yang sedang melanda negara pada masa kini, masyarakat yang terkesan dengan situasi ini perlu kuatkan jiwa dan perkukuhkan minda dalam menangani krisis ini.

“Selain itu, sentiasa prihatin terhadap perkembangan emosi dan ketahanan mental dalam menghadapi ujian serta musibah yang berlaku. Apabila emosi tidak dikawal mereka akan hilang pertimbangan dan putus harapan dengan ujian apabila hilang harta benda, rumah runtuh, kereta rosak dan sebagainya.

“Oleh itu, kita kena berlapang dada dengan ujian yang dihadapi dengan pandangan positif dan perlu redha dan bersyukur dengan ujian ini. Ini kerana setiap orang akan ada dalam kerumitan dalam aspek yang berbeza,” katanya.

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search