GLOBAL

General

PROGRAM KASIH BIO PUPUK MINAT STEM DALAM KALANGAN ANAK MUDA, MENYOKONG KOMUNITI ORANG ASLI & PELAJAR ASNAF

JELI, 6 November 2024 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyambut baik penganjuran Program Kasih Bio Sempena Sciensation Bio 2024 @ STI 100 oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), yang melibatkan seramai 130 murid sekolah dari 11 buah sekolah di sekitar Jeli, Kelantan.

231224_nov-03-02.jpg
Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Pn. Ruziah Shafie berkata, program STI 1003 adalah aktiviti pembelajaran tidak formal dan luar bilik darjah yang bertujuan untuk memupuk minat di kalangan pelajar dari institusi pendidikan dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan, dan Teknologi (STEM), terutamanya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.
Beliau berkata, STI 1003 diterajui oleh MOSTI selaras dengan hasrat Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang mencadangkan agar 100 saintis bioteknologi mengadakan program untuk menarik minat murid dalam bidang STEM di 100 buah sekolah.

231224_nov-03-03.jpg
“Bagi menyahut saranan itu, program STI 1003- Sciensation Bio 2024 memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pendidikan STEM berkualiti, sekali gus membina asas yang kukuh untuk menghasilkan tenaga kerja mahir dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) pada masa depan.
“Saya percaya bahawa 130 murid dari 11 sekolah yang menyertai program ini telah mendapat penghayatan mendalam terhadap mata pelajaran STEM dengan bimbingan daripada 10 saintis tempatan terkemuka. Kemajuan STI negara sepatutnya mendorong penglibatan aktif semua pihak agar tiada kelompok masyarakat yang terpinggir dalam pembangunan ekonomi dan sosial,” katanya pada Majlis Penyempurnaan Program Kasih Bio Bersempena Program STI 1003- Sciensation Bio 2024, di Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Kampus Jeli, Kelantan, hari ini.

231224_nov-03-04.jpg
Turut hadir, Ketua Pustakawan UMK, En. Azman Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, En. Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak.
Menurut Pn. Ruziah, program Kasih Bio dan program STI 1003 - Sciensation Bio 2024 membuktikan bagaimana kerjasama erat antara pihak kerajaan, korporat, dan institusi pendidikan tinggi dapat merealisasikan aspirasi STI negara tanpa meminggirkan mana-mana kelompok masyarakat dalam pembangunan ekonomi dan sosial.
“Program hari ini membina asas yang kukuh untuk melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi, sesuai dengan keperluan tenaga kerja dalam bidang STI pada masa hadapan. Rasa minat dan motivasi yang tinggi terhadap bidang STEM dalam kalangan anak-anak muda mestilah menghasilkan usaha-usaha dalam STI yang membawa manfaat besar kepada seluruh lapisan masyarakat. Melalui platform ini, Malaysia boleh diiktiraf sebagai negara yang benar-benar maju di mata dunia,” katanya yang turut menyempurnakan perasmian 1310 Base di Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu.

231224_nov-03-05.jpg
Sementara itu, En. Mohd Khairul Fidzal berkata, program Kasih Bio dan program STI 1003 - Sciensation Bio 2024 merupakan sumbangan kasih daripada organisasi itu dalam bentuk pendidikan sains, teknologi, dan inovasi yang mampu mengubah kehidupan serta membawa manfaat jangka panjang kepada masyarakat.
“Dengan sumbangan melalui program Kasih Bio dan aktiviti-aktiviti interaktif di bawah program STI 1003 - Sciensation Bio, kami berharap dapat memberikan sokongan yang bermakna kepada golongan yang memerlukan di samping meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bioteknologi dalam kehidupan seharian serta menggalakkan penglibatan lebih ramai pelajar dan belia dalam bidang ini.
“Program berasaskan bioteknologi seperti ini menjalin ikatan kasih sayang antara semua pihak, membentuk satu keluarga besar yang sentiasa membantu satu sama lain untuk mencapai usaha ‘bioekonomi untuk semua’,” tambah beliau.

231224_nov-03-06.jpg

231224_nov-03-07.jpg
 
231224_nov-03-08.jpg
 
231224_nov-03-09.jpg
 
231224_nov-03-10.jpg
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search