GLOBAL

General

UMK TERIMA SUMBANGAN RM105,075.00 DARIPADA MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH

KOTA KINABALU, 23 November 2024 – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima sumbangan penajaan pembiayaan pendidikan berjumlah RM105,075.00 daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi Program Pembangunan Siswa SULUNG.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Setiausaha/ Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Encik Ramlan bin Awang Ali kepada Ketua Pentadbir/ Timbalan Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, YM Raja Azlan Raja Ismail, dalam satu majlis yang berlangsung di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Bahagian Kebajikan dan Tatatertib Pelajar HEPA, Encik Mohd Adli Ismail, serta Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) UMK Kampus Kota, Ainek Syamir Mohd Suhaimi.

231224_nov-16-02.jpg
Menurut Encik Mohd Adli, sumbangan ini diberikan khusus kepada 15 mahasiswa dan mahasiswi UMK yang berasal dari Sabah dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Pembiayaan tersebut bertujuan meringankan beban pelajar kategori individu/ generasi pertama serta golongan Asnaf/ B40 yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA).
“Pembiayaan ini meliputi yuran pengajian dan yuran perkhidmatan sepanjang tempoh pengajian secara percuma. Inisiatif ini merupakan usaha murni bagi menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam membantu golongan pelajar yang memerlukan,” katanya.
Sementara itu, Encik Ramlan mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama program oleh UMK dalam memperkasakan kebajikan pelajar anak-anak Sabah di universiti tersebut.
LENSA NOVEMBER 2024

231224_nov-16-03.jpg

231224_nov-16-04.jpg
 
231224_nov-16-06.jpg
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-11-17

Search