GLOBAL

General

MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR DAN LAFAZ IKRAR PELAJAR BAHARU SESI 2024/2025

KOTA BHARU, 2 Oktober 2024 – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima 2,742 pelajar baharu (sehingga 5.42 petang Selasa) bagi kemasukan sesi akademik 2024/2025 di ketiga-tiga kampusnya.

Naib Canselor, Dato’ Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, daripada jumlah pelajar baharu yang mendaftar itu, seramai 1,351 pelajar di UMK Kampus Kota, 800 pelajar di UMK Bachok, dan 591 pelajar di UMK Kampus Jeli.

291224-okt-10-12.jpg

Beliau berkata, pihak UMK juga masih menunggu keputusan rayuan pelajar yang layak dan angka itu dijangka akan meningkat daripada jumlah ambilan keseluruhan pelajar.

“Tahniah kepada pelajar baharu dan kami amat berbesar hati dengan kehadiran anda semua. Peranan universiti adalah untuk melahirkan lebih ramai generasi yang mampu berperanan sebagai pemimpin, dan universiti merupakan 'brain of the nation'.

291224-okt-10-11.jpg

“Justeru, peranan pelajar pula adalah untuk mencari ilmu yang mendalam, membangunkan pemikiran kritis, menjadi penggerak kepada perubahan sosial, kepimpinan, pengabdian kepada agama dan negara, serta menjadi contoh yang baik,” katanya pada Amanat Naib Canselor dan Ikrar Mahasiswa sempena Minggu Mesra Mahasiswa (3M) Sesi Akademik 2023/2024 di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.

291224-okt-10-08.jpg

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Huzili Hussin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, dan Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Abdul Halim.

Menurut Dato’ Prof. Dr. Razli, universiti ini adalah ruang untuk para pelajar mengembangkan potensi, meneroka ilmu, dan membina jati diri yang kukuh.

291224-okt-10-07.jpg

Beliau menegaskan bahawa pihak UMK sentiasa menyokong setiap langkah perjalanan akademik dan pembangunan diri anak-anak pelajar.

“Oleh itu, janganlah hampakan harapan ibu bapa. Jadilah pelajar universiti yang cemerlang dan berusaha demi masa depan yang gemilang,” katanya.

Sebelum mengakhiri ucapan, Dato’ Prof. Dr. Razli berpesan kepada pelajar yang mahu menjadi content creator agar berilmu, berpendidikan, dan beradab.

291224-okt-10-06.jpg

“Pencipta kandungan hendaklah menyampaikan mesej yang betul dan berilmu, bukan hanya semata-mata mengejar ‘like’ atau ‘view’ sahaja.

“Saya mengambil contoh Abdul Qayyum Halid yang telah diumumkan sebagai Creator of The Year bagi tahun 2024. Beliau merupakan alumni Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), yang dikenali dengan video-video TikTok bertemakan masakan di platform 'Che Sayang Kitchen' yang memiliki jutaan pengikut.

291224-okt-10-05.jpg

“Beliau bermula dengan berniaga sambilan sebagai usahawan pelajar dan kini terkenal dengan TikTok ‘Che Sayang Kitchen’. Mesej yang saya mahu sampaikan ialah untuk menjadi content creator mestilah ada ilmu. Di UMK, kita mempunyai pelbagai subjek digital marketing yang membantu untuk menjadi pencipta kandungan media sosial yang baik,” katanya.

291224-okt-10-04.jpg

291224-okt-10-03.jpg
 
291224-okt-10-02.jpg
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search