KOTA BHARU 7 April 2025 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menerima Tajaan Pendidikan Program Sulung 2.0 daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah RM183,720.00 dan sumbangan zakat wakalah bagi Tabung Kebajikan Pelajar UMK sebanyak RM50,000.00.
Sumbangan berkenaan telah di sampaikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Sosial BIMB, Ustaz Mohd Nazri bin Chik kepada Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah di Bilik Mesyuarat Eksekutif, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa.
Turut hadir, Bendahari UMK, En. Ahmad Irwan Baharuddin, Pengarah Pusat Islam UMK, Dr. Mohd Rushdan Yasoa’ dan Timbalan Pendaftar Kanan HEPA, YM Raja Azlan Raja Ismail.
Manakala delegasi BIMB adalah Pengarah Wilayah Timur BIMB, En. Ghazlaini Ghazali, Pengarah Negeri Kelantan, En. Mohd Supardi dan Pegawai Perhubungan Pelanggan Negeri Kelantan, Pn. Wan Rusmawaty Wan Hussin.
Sumbangan zakat ini akan dimanfaatkan untuk membantu golongan pelajar asnaf serta memperkasa program-program pembangunan pelajar UMK.
Semoga kerjasama strategik ini berterusan demi membantu kemaslahatan pelajar dan keberkatan bersama.
