KOTA BHARU 7 April 2025 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK), YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Naib Canselor UMK, Prof. Ts, Dr. Arham Abdullah dan delegasi telah disambut mesra oleh YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean di pejabat beliau.
Turut hadir, Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Abdul Halim, Bendahari UMK, En. Ahmad Irwan Baharuddin, dan Penasihat Undang-Undang UMK, Puan Noraini Idris.
Menurut Prof. Ts. Dr. Arham, kunjungan ini adalah sebagai membuka ruang dua hala bagi perbincangan kerjasama strategik serta memperkukuh jalinan hubungan antara UMK dan pentadbiran kerajaaan negeri.
Pejabat SUK Kelantan juga telah memberi komitmen dan sokongan penuh di atas kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak.