BACHOK 6 Mei 2025 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) cipta kelainan pada Istiadat Konvokesyen Ke 14 dengan pemakaian mafla kepada semua graduan sebagai tanda kenang-kenangan kerana telah menjadi Alumni UMK.
Simbolik pemakaian mafla telah dilakukan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail ketika perarakan masuk graduan ke Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMK Bachok.
Turut hadir, Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK, Dr. Amaal Fadhlini Mohamed dan wakil Alumni UMK.