KEJAYAAN

Kejayaan

14 PRODUK PENYELIDIKAN DAN INOVASI UMK DI MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2020

KUALA LUMPUR 20 Februari I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempamerkan 14 produk penyelidikan dan inovasi yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan sempena berlangsungnya Malaysia Technology Expo (MTE) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 20 hingga 22 Februari 2020.

Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) UMK, Prof. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman berkata, kumpulan penyelidik dan penyelidik bersama akan mempamerkan 14 produk dalam pelbagai kategori bidang seperti teknologi dan inovasi bersempena dengan penganjuran MTE 2020 selama tiga hari.

Beliau berkata, produk inovasi yang dibangunkan oleh penyelidik UMK ini telah disenarai pendek menerusi peringkat saringan dan penyertaan pada Karnival Penyelidikan dan Inovasi (CRI) 2019) dimana sesi penilaian telah dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan produk inovasi untuk dipertandingkan.

“MTE adalah platform bagi penyelidik mempamerkan ciptaan dan inovasi universiti untuk memberi peluang produk inovasi ini diketengahkan kepada umum dan industri ke arah pengkomersialan produk untuk dimanfaatkan kepada masyarakat.

“Selain itu, objektif utama penyertaan UMK pada pameran ini adalah untuk merangka peluang kerjasama penyelidikan dan koloborasi pembangunan penyelidikan kepada industri yang berminat,” katanya.

Menurut Prof. Ts. Dr. Ahmad Ziad,
terdapat ramai pemain industri luar yang berminat dengan produk UMK contohnya ialah Gendang Tali Kecapi di mana sebuah syarikat telah berminat dengan produk yang dihasilkan.

“Alat instrumental ini menggunakan produk bioderversiti iaitu bahan materialnya berasaskan dari pokok buluh yang terdapat banyak di hutan Kelantan berpotensi untuk dikomersialkan khususnya dalam bidang muzik.

“Manakala sistem network yang dibangunkan oleh Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) juga mendapat perhatian industri dimana mereka telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut bagi membangunkan produk inovasi ini ke peringkat seterusnya,” katanya.

Sebanyak 14 produk -produk inovasi yang menyertai MTE 2020 pada edisi ke 19 iaitu produk Tea 4G – Herbal Remedy For Gout (En. Zulhazman Hamzah), OKU Stempreneur: Inclusion Entrepreneurship Education Model For Disable Students dan My Heropreneur STEM Ambassadors UMK oleh Prof. Dr. Hjh. Raja Suzana Raja Kasim), Capribos: Mini Moulding Hydraulic Press Machine For Animal Feed (Dr. Noor Dini Rusli), Smart Network Performance Monitoring (En. Faizum Ahmad), Gendang Kecapi (En. Mohd Aswawi Isa).

Selain itu, produk I Falah (Successful) Academic Writing Platform (Dr. Mohd Zulkifli Muhammad, Nano Scented 2 In 1 Insect Repellent (Ts. Dr. Suganthi Appalasamy), NSP Machine : Innovative Design Of Sublimation Printing Machine (Dr. Mohammad Najmi Masri), K- Biozyme System :Integrated Design Of Kenaf Processing And Recovery System (Dr. Mardawani Mohamad), VSOL :Highly Sensitive Determination Pesticides In Fruits and Vegetable Using Sol-Gel Hybrid As Sorbent For Dispersive Solid Phase Extraction ( Chm Dr. Krishna Veni Vello), Model Lestari – Pengurusan Rumah Burung Walet ( Dr. Wan Khairy Wan Ibrahim), CCTO : Future Super Capacitor (Prof. Madya Dr. Ir. Julie Juliewatty Mohamed) dan HyPES : Hygienic Processing Of Etak Salai (Prof. Madya Dr. Aweng Eh Rak).

Oleh : Pusat Komunikasi Korporat

inovasi2

Web Traffic

2.png8.png5.png3.png2.png3.png
Today256
Yesterday402
This week1574
This month7171
Total285323

Who Is Online

2
Online

2024-04-26

Search