KEJAYAAN

Kejayaan

REKAAN INOVASI BATIK UMK CURI TUMPUAN RAMAI PADA PIALA SERI ENDON 2019

Turut mencuri perhatian ialah produk  “Ready To Go”yang dipertandingkan bagi kategori kraftangan oleh  pensyarah FTKW yang diketuai oleh Cik Nawwal  Abdul Kadir, Dr. Tengku Fauzan Tengku Anuar, Puan Nur Athmar Hashim dan Cik Siti Aishah  Attaullah.
 
Lebih membanggakan, Kumpulan Lance Lines berjaya menjadi finalis bagi kategori fesyen  untuk bersaing dengan 12 kumpulan yang bertanding bagi kategori tersebut. Pasukan Lace Lines diketuai oleh Puan Sarah Wahida Hasbullah, En Mohd  Zaimmudin Mohd Zain, Puan Mosalihah Mohamod dan Puan Wan Nor Azah  Wan Khairul Asri.
 
PSE 2019 adalah anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) edisi ke-16 itu menawarkan sebanyak tiga kategori iaitu fesyen, kraftangan dan kemasan lembut.
 
Finalis PSE 2019 menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai RM30,000 bagi pemenang pertama, RM10,000 untuk pemenang kedua, manakala pemenang ketiga mendapat RM5000 serta lima hadiah saguhati bernilai RM1000 bagi setiap kategori.
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, telah berkenan mencemar duli berangkat menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan pada Pertandingan Rekaan Batik PSE 2019. 
 
Turut berangkat anakanda, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan 
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Jihan Azizah 'Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
 
Hadir sama, Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) Nori Abdullah dan Ketua Juri Pertandingan PSE Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa.
 
Pada acara kemuncak itu, kumpulan Lace Lines memperagakan sebanyak empat set pakaian pada pertandingan Piala Seri Endon  selepas berjaya mara ke peringkat Top 12 dari 22 kumpulan yang bertanding bagi kategori fesyen.  
 
Kumpulan Lace Lines  tampil dengan rekaan bermotifkan “KUNTUM MERAH” dengan mempamerkan elemen eksklusif bunga raya bercirikan warna merah dan putih yang mewakili bunga kebangsaan Malaysia. 
 
Menurut Puan Sarah Wahida, koleksi  “Kuntum Merah”adalah relevan untuk menyerlahkan bunga kebangsaan  (bunga Hibiscuss) dengan memberi rasa baru tenaga dan corak batik yang lebih moden yang bersesuaian dengan semua peringkat.
 
Katanya, rekaan batik eksklusif  ini bersesuaian untuk lelaki atau wanita dengan menyasarkan golongan pertengahan dan korporat.
 
"Pertandingan kali ini, kami telah membuat persediaan selama dua bulan untuk menghasilkan keempat-empat rekaan dengan  membahagikan tugas antara satu sama lain dengan gabungan pereka batik dan pereka fesyen bagi menyiapkan koleksi kami untuk dipersembahkan pada pertandingan akhir ini,” katanya.
 
Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Rekabentuk dan Teknologi Kreatif, Cik Nawwal berkata PES 2019 ini adalah platform terbaik untuk memartabatkan industri batik di Malaysia disamping medan melahirkan lebih ramai potensi-potensi kreatif dan berbakat dalam bidang fesyen kerana ia adalah satu karier yang sangat popular.
 
"Tahniah di ucapkan pada pereka, pelajar  dan pensyarah FTKW-UMK kerana berjaya ke  acara kemuncak pertandingan ini. Ini adalah penyertaan terbesar bagi pasukan UMK dimana setiap kategori kita berjaya ke pusingan akhir dan dua produk kategori kemasan lembut menerima hadiah saguhati.
 
“Sekalipun, kita tidak meraih hadiah utama namun pengalaman daripada pertandingan kita juga berjaya menjalinkan hubungan baik dengan pelbagai pihak termasuk syarikat dan industri terlibat dalam industri batik,” katanya.
 
Teks dan Foto I Pusat Komunikasi Korporat UMK

batik

 

Web Traffic

2.png7.png7.png4.png2.png7.png
Today41
Yesterday403
This week1420
This month8318
Total277427

Who Is Online

2
Online

2024-03-29

Search