KEJAYAAN

Kejayaan

UMK turut mempamerkan produk inovasi dan penyelidikan di PERTANDINGAN E-LEARNING 2019 (IUCEL2019) di Unimas, Kuching, Sarawak.

KUCHING I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melakar kejayaan besar apabila meraih anugerah utama pada International University Carnival on E-Learning (IUCEL2019) bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 21 hingga 22 Ogos 2019.

unimas3Anugerah tersebut dimenangi menerusi projek 'Best Facilitator E-Learning Award' yang dimenangi oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Pengurusan Akademik (PKPA), Prof. Madya Dr. Suria Baba dan projek 'Outstanding E-Learning Mobile Apps Award' oleh Pensyarah dari Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI), En. Ahmad Zaki Amiruddin dan Cik Amanee Abdul Hai.

Pada IUCEL 2019, UMK telah menghantar sebanyak 20 penyertaan ke pertandingan ini melalui penyelarasan oleh PKPA.

Lebih membanggakan, UMK juga telah merangkul tujuh pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa.

Tujuh pingat Emas disumbangkan melalui projek ‘English Language Problem-Based Learning Via Minecraft:Hacking The Traditional Lesson Plans’ oleh Nor Hanim Mustafa, ‘Augmented Reality In Special Education Classroom’ oleh Dr. Tan Tse Guan, ‘The Perception Of Read And Write (Me) Qr Codes In Reading And Writing Module’ oleh Lena Ramamurthy, Penghayatan Dan Keberkesanan Penggunaan Multimedia Dalam Kursus Magnum Opus Melayu di UMK Kelantan oleh Nordiana Ab Jabar, projek V.E.L.T (Vocabulary Enhancement Tool) oleh Mohd Yusri Mohd Naser, ARmaya: Alternative Reading Platform by Integrating Augmented Reality and Virtual Reality in Mobile Application oleh Anuar Mohd Yusof dan projek STEMpreneur in Robotics and Computational Thinking oleh Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kasim Kasim. 

Pingat perak dimenangi menerusi tiga projek yang diketuai oleh Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kasim iaitu Evidence-Based Teaching And Supervision Using MOOC, Heropreneurship on MOOC and E-Campus at UMK dan Startup Using Quadruple Helix Model Using E-Campus.

unimas4Turut meraih pingat perak ialah “Mobile Learning Framework: Gamification Of Language Teaching And Learning (Ng Siew Foen), produk S.O.A.R Model: Shifting From “Classroom Management” To “Classroom Leadership” oleh Roslizawati Che Aziz, Immersive Learning Experience On Portfolio Design Through Online Course oleh Tengku Fauzan Tengku Anuar, Interactive Physical Activity Education Program (IPAEP) oleh Ahmad Faezi Ab.Rashid, The Effectiveness Of E - Almunawwar As An Interactive Tool For Learning Arabic Language In UMK oleh Wan Ab Aziz Wan Daud dan Writer: An Academic Writing Platform.

Manakala pingat gangsa, dimenangi oleh projek GOFIT: An Integrated Online Platform For Free Independent Traveller- An Aid In Tourism Classroom (Nurzehan Abu Bakar), Keberkesanan Penggunaan MOOC Falsafah Ilmu Di UMK (Zuriati Mohd Rashid), Interactive Approach In Learning Waste Management And Pollution Prevention Course (Noor Syuhadah Subki) dan produk Blends Of Augmented Reality And Infographic In Laboratory Practical Experience oleh Tan Li Peng.

Sempena IUCEL 2019, Pusat Antarabangsa dan Pemasaran bergandingan bersama Bahagian Pentadbiran Akademik turut hadir bersama untuk menyertai karnival ini sebagai pemamer dalam usaha mempromosi program-program pengajian di UMK.

Kumpulan petugas diwakili oleh Prof Madya Dr Ahmed Thalal Hassan (wakil rantau Timur Tengah, Albania,Turki dan Bosnia) Cik Izunarida Zakaria dan Puan Norlia Abd Rahman.

UMK layak untuk merasa bangga dengan kemenangan besar ini dan mengucapkan tahniah kepada pemenang yang telah mengharumkan nama universiti ke peringkat serantau. Kemenangan ini adalah bukti kemampuan kapasiti dan kompetensi pensyarah di UMK dalam menerajui 'E-learning' yang bertepatan dengan generasi industri revolusi 4.0.

Oleh I Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto I Mohd Hafriez Aiman Ibrahim

unimas2

Web Traffic

2.png8.png2.png3.png0.png7.png
Today267
Yesterday391
This week658
This month4155
Total282307

Who Is Online

2
Online

2024-04-16

Search