KEJAYAAN

Kejayaan

APLIKASI CITRA MERDEKA RAIH EMAS DI MTE 2016

APLIKASI Interaktif Citra Merdeka 57 (CM57) yang memuatkan infografik-infografik berkaitan sejarah kemerdekaan Malaysia sejak tahun 1946 hingga 2014 berjaya merangkul pingat emas dan anugerah khas Special Compliment From Panel Jury pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2016, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 18 hingga 21 Februari 2016.

Aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Android dan Apps. Store tersebut telah dibangunkan secara usaha sama di antara Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan Multimedia Development Corp (MdeC) dan Arkib Negara.

Pelancaran aplikasi CM57 telah disempurnakan oleh mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB. Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, pada Ogos 2014 sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 57.

Menurut Timbalan Pengarah, Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Dr. Mohd Hafiz Jamaludin, secara keseluruhannya, pencapaian UMK pada MTE 2016 amat memberangsangkan menerusi penyertaan 12 produk reka cipta dan inovasi pada MTE 2016.

Katanya, selain aplikasi CM57 UMK turut meraih dua pingat perak dan tujuh pingat gangsa serta anugerah khas Foreign Special Award-Japan Intellectual Property Association (JIPA) menerusi produk Handy Z Spray.

“Produk ciptaan Prof. Dr. Palsan Sannasi Abdullah daripada Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) yang bertajuk A Bio C dan produk bertajuk Imbang ciptaan pensyarah FTKW, En. Muhammad Ezran Zainal Abdullah berjaya menyumbang dua pingat perak.

“Manakala pingat gangsa menerusi produk Purple Y Edible Colorant adalah hasil penyelidikan inovasi oleh Pensyarah FIAT, Dr. Mohammed Arifullah dan Dr. Suhaimi Othman, produk Box Bench oleh Pensyarah FTKW, Tn. Hj. Fauzi Ab. Llah dan produk Tuber Tech oleh Dr. Suhaimi dan Cik Siti Narbiha Mat Jusoh.

“Turut meraih gangsa ialah produk Aplikasi Mudah Alih Flood Rescue Versi 1.0 (Fres V 1.0) hasil ciptaan En. Ahmad Tarmizi Azizan, produk Handy Z Spray (Injury Healing Spray) oleh Pensyarah Fakulti Sains Bumi (FSB), En Zulhazman Hamzah, produk G Tech Propagation oleh Pensyarah Kanan FIAT, En. Mohamad Amizi Ayob dan produk Astech Tool oleh Pensyarah FTKW, Pn Darliana Mohamad,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mohd Hafiz, menyifatkan produk penyelidikan inovasi UMK berpotensi dan mampu dikomersialkan.

MTE1Beliau berharap lebih ramai penyelidik dikalangan pensyarah muda melangkah ke hadapan mengkomersilkan produk ciptaan mereka seterusnya membentuk hasil cipta yang berinovasi tinggi di negara ini.

“Saya juga berharap Pejabat Pengurusan Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan (RIMC) lebih agresif mendaftarkan produk serta reka cipta oleh penyelidik UMK sebagai harta intelek bagi memastikan produk mereka mendapat pendaftaran harta intelek.

“Langkah itu perlu terutamanya seperti product industrial design dan biological product yang telah mendapat pengiktirafan daripada pihak luar contohnya produk Handy Z Plus yang mendapat pengiktirafan oleh JIPA,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Program Penyelidikan CM57, YBrs. En. Ahamad Tarmizi, berkata, aplikasi Citra Merdeka 57 ini merupakan sebuah aplikasi ringkas dan mudah dibahagikan kepada tiga fasa iaitu info tentang perjuangan kearah kemerdekaan (1946 – 1957), maklumat berkaitan membina negara bangsa (1958 – 1963) dan nikmat kemerdekaan (1964 – 2014).

Katanya, aplikasi ini dibangunkan adalah hasil kejayaan daripada projek Komik Digital Android dan produk E-Gamelan yang dibangunkan dengan hasil kerjasama MDeC pada tahun 2014.

“Aplikasi ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada setiap rakyat Malaysia untuk memahami sejarah di sebalik kemerdekaan negara kita.

“Paparan program dalam bentuk info grafik lebih berkesan dan cepat dan selaras dengan trend generasi muda pada hari ini untuk mendapatkan maklumat dengan mudah menerusi aplikasi telefon mudah alih,” katanya.

“Projek ini mengambil masa dua bulan untuk disiapkan dengan sebahagian besar masa yang diambil oleh penyelidikan di Arkib Negara Malaysia,” ujarnya lagi.

Menurut En. Ahamad Tarmizi, aplikasi Citra Merdeka 57 boleh didapati dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

“Pelancaran aplikasi CM57 ini sebagai perintis bahawa UMK terus komited untuk memperkasa program pembangunan dalam industri digital terutamanya dalam ekosistem industri aplikasi mudah alih dalam negara,” katanya.

MTE4

Web Traffic

2.png7.png7.png6.png6.png4.png
Today278
Yesterday403
This week1657
This month8555
Total277664

Who Is Online

2
Online

2024-03-29

Search