KEJAYAAN

Kejayaan

UMK HARGAI 115 STAF KHIDMAT CEMERLANG

 

BACHOK 29 Mei 2022 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyampaikan anugerah kepada 115 staf yang berkhidmat cemerlang sepanjang tahun lepas.

 

Seramai 115 kakitangan menerima pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UMK 2021 yang diadakan semalam.

 

Seramai 104 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), lima staf menerima Anugerah Jasa Bakti (AJB) dan empat menerima Anugerah Jasa Setia (AJS).

 

Kesemua penerima APC membawa pulang hadiah bernilai RM1,000 dalam bentuk simpanan SSPN-I dan sijil penghargaan.

 

Pada majlis sama, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) diumum penerima Anugerah Cemerlang Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan

 

Pekerjaan (EOSH) 2021 yang membawa pulang Piala Iringan, Sijil Penghargaan dan wang tunai RM1,000.

 

Anugerah tersebut diterima Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ts Dr Arham Abdullah.

 

UMK turut meraikan anugerah insentif Graduate On Time (GOT) kepada dua penerima yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh asal pengajian.

 

Majlis bersejarah tersebut diadakan di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok. Kesemua anugerah disampaikan Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh diiringi oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak.

 

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Dato’ Zaluzi Hj. Sulaiman dan Pendaftar UMK Mazula Sabuddin.

 

Prof. Dr. Razli berkata, majlis APC diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada warga UMK di atas sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam melaksanakan tugas.

 

Di samping itu penglibatan mereka secara aktif dalam kegiatan penyelidikan, keusahawanan, sukan, kemasyarakatan dan sumbang bakti yang memberi manfaat kepada universiti dan negara.

 

Katanya, pengiktirafan itu merupakan satu manifestasi keprihatinan pengurusan UMK bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan prestasi tinggi yang ditunjukkan semua staf dari pelbagai gred perkhidmatan.

 

“Anugerah ini menjadi contoh teladan serta prestasi cemerlang yang ditunjuk penerima anugerah dan akan menjadi rujukan serta benchmark kepada kakitangan lain.

 

“Adalah menjadi harapan saya agar seluruh warga UMK akan terus melakarkan kejayaan demi kejayaan dan menunjukkan budaya kerja yang berprestasi tinggi, berintegriti dan bersemangat dalam melaksanakan tugasan seharian,” katanya.

 

4 1

Web Traffic

1.png2.png3.png5.png2.png7.png
Today188
Yesterday294
This week188
This month3766
Total123527

Who Is Online

2
Online

2022-08-15

Search