KEJAYAAN

Kejayaan

MOSTI ALU-ALUKAN KEPAKARAN INOVASI DIGITAL

 

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengalu-alukan penglibatan pakar inovasi digital bagi membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan itu di negara ini.

 

Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, kementerian tersebut sentiasa melihat idea, penyelesaian, platform dan penemuan saintifik baharu serta inovasi sebagai aspek penting untuk Malaysia lebih maju.

 

“MOSTI mengambil sikap berani dan terbuka dengan menyeru semua inovator, jurutera perisian, pakar subjek serta rakyat Malaysia yang prihatin untuk bersama-sama mencipta penyelesaian digital.

 

“Keterbukaan ini akan membantu menambah baik cara perkhidmatan digital disampaikan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada perasmian Malam Anugerah Swiss Innovation Challenge Asean (SICA) 2021/2022 di Bangi Resort Hotel, Bangi, Selangor baru-baru ini.

 

Turut hadir, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Profesor Dr Razli Che Razak; Ketua Institut Pengurusan merangkap Pengerusi Program Inovasi Keusahawanan Switzerland, University of Applied Sciences and Art North Western Switzerland (FHNW); Profesor Dr Hans Verkuil, Naib Canselor DRB-Hicom University (DHU), Profesor Datuk Seri Dr Omar Osman; Presiden Putra Business School (PBS), Profesor Dr Zulkornain Yusop; Naib Presiden Hubungan Industri dan Universiti Keusahawanan, Pengurusan dan Sains (MSU), Profesor Madya Dr Halinah Atan.

 

DHU, PBS dan MSU merupakan rakan strategik UMK dan FHNW bagi penganjuran SICA 2021/2022 yang julung kali diadakan di Malaysia.

 

Tempat pertama bagi Kategori Terbuka SICA 2021/2022 dimenangi oleh pasukan Muhammad Akmal Amir menerusi projek 'Manufacturing of Biodegradable Product' yang membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM10,000, plak dan sijil.

 

Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Asli, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Ir Dr Srimala Sreekantan menjuarai kategori Start-up dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM4,000, plak dan sijil.

 

Kejayaan Dr Srimala diraih melalui Projek 'Ecodifesa-Air And Surface Disinfectant To Combat Phatogens' yang sangat berpotensi di pasaran tempatan dan global serta melayakkan pasukan itu menjadi wakil tunggal Malaysia ke pertandingan Swiss Innovation Challlenge (SIC) peringkat antarabangsa yang bakal diadakan di Switzerland pada 25 hingga 26 Oktober nanti.

 

Bagi kategori Belia, tempat pertama dimenangi oleh Felicia Ling Weng Xia dari Universiti Malaysia Sabah menerusi produk 'La Cura' yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000 serta plak dan sijil.

 

Sementara itu, Pengarah Projek SICA 2021/22, Dr Yukthamarani Permarupan berkata, SICA merupakan program tahunan berprestij diterajui FHNW yang berpangkalan di Switzerland bertujuan mencungkil bakat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa universiti ke arah berfikiran kreatif serta inovatif.

 

“Program ini memberi peluang kepada peserta dalam mendorong pemikiran, idea dan pengembangan produk yang inovatif serta menjalankan kajian rintis mengenai potensi keusahawanan antarabangsa serta prospek untuk kajian kes inovasi keusahawanan di Malaysia.

 

“Program ini juga bagi mengenal pasti produk yang inovatif dan berpotensi untuk dikomersialkan di peringkat tempatan atau antarabangsa serta berjaya menarik 105 penyertaan daripada Malaysia, Indonesia dan Vietnam,” katanya.

 

Tambah beliau, program SIC dipertandingkan di serata dunia termasuk Indonesia, Vietnam, Thailand, China dan Malaysia.

 

“Peserta terdiri daripada 23 kumpulan bagi kategori Terbuka, 30 kumpulan bagi kategori Start-Up, dan 52 kumpulan bagi kategori Belia,” katanya.

 

2 2

 

 

3 2

 

 

4 2

 

 

6 2

 

 

284162821 5249070765147582 1475796349388367537 2

 

 

5 2

Web Traffic

2.png8.png4.png2.png4.png7.png
Today210
Yesterday288
This week498
This month6095
Total284247

Who Is Online

3
Online

2024-04-23

Search