KEJAYAAN

Kejayaan

MAJLIS MENANDATANGANI MOU UMK DENGAN KARADENIZ TECHNICAL UNIVERSITY DAN KARABUK UNIVERSITY DI TURKIYE

INSTABUL, 6 JULAI 2022 I Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob  menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan Karadeniz Technical University (KTU)  dan Karabuk University (UNIKA), di Instabul Turkiye, hari ini.

Perjanjian persefahaman (MoU) di antara kedua-dua universiti terkemuka di Turkiye itu diadakan sempena Lawatan Rasmi Perdana Menteri Malaysia ke Istanbul, Turkiye,  selama 4 hari bermula 5 hingga 8 Julai 2022.

Majlis menandatangani MoU antara UMK dan UNIKA telah disempurnakan oleh Naib Canselor Prof. Dr. Razli Che Razak dan Rektor UNIKA, Prof. Dr. Refik Polat serta Rektor KTU, Prof. Dr. Hamdullah Cuvalci.

2

Sementara itu, pertukaran MoU tersebut telah disempurnakan oleh  Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YB. Senator Tan Sri Haji Mohamad Fatmi Bin Haji Che Salleh.

Naib Canselor UMK, Prof Dr Razli Che Razak berkata, UMK mengambil peluang itu bagi melaksanakan kerjasama dalam aspek penyelidikan, pembangunan program mobiliti pelajar dan staf bagi kedua-dua universiti, perkongsian pintar fasiliti dan maklumat hasil daripada penyelidikan bersama, penganjuran persidangan dan seminar secara bersama.

“KTU adalah sebuah universiti yang memfokuskan kepada teknikal, sains dan teknologi yang ditubuhkan pada tahun 1955 dan antara universiti pertama di Turkiye yang ditubuhkan di luar Istanbul dan Ankara.

“UMK dan KTU akan menumpukan kepada penerokaan teknologi terkini dalam bidang akademik mahupun penyelidikan, seterusnya akan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua universiti untuk meningkatkan kepakaran penyelidik daripada kedua-dua universiti,” katanya.

4

Menurut Prof Dr Razli, kerjasama UMK dan UNIKA memfokus kepada aktiviti akademik dan penyelidikan termasuklah perkongsian fasiliti serta maklumat hasil daripada penyelidikan antara kedua-dua universiti.

“Perkongsian juga akan dilakukan melalui penganjuran persidangan serta seminar secara bersama.5.jpg

Web Traffic

2.png8.png3.png0.png7.png0.png
Today76
Yesterday273
This week1421
This month4918
Total283070

Who Is Online

1
Online

2024-04-19

Search