KEJAYAAN

Kejayaan

UMK TERIMA 257 PELAJAR BAHARU PROGRAM ASASI SAINS SESI AKADEMIK 2022/2023

 

JELI 2 OGOS 2022 I Seramai 257 pelajar Program Asasi Sains Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendaftar bagi kemasukan Sesi Akademik 2022/2023, di UMK Kampus Jeli, pada 31 Julai 2022.

Ketua Jabatan Persediaan Sains UMK, Dr. Marinah Muhammad berkata, jumlah penawaran kemasukan pelajar pada tahun adalah sebanyak 87 peratus daripada aliran STEM A, enam peratus aliran STEM B dan dua peratus dari aliran KSI.

 

2

Beliau berkata, sebanyak 1,112 penawaran dibuat kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti program Asasi Sains UMK pada tahun ini. Iaitu peningkatan 100 peratus daripada tahun 2021 untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi lepasan SPM mengikuti program ini.

"Allhamdullilah, unjuran yang disasarkan oleh UMK untuk program ini telah dipenuhi sebanyak 87 peratus selepas pendaftaran pelajar yang diadakan pada 31 Julai 2022. Unjuran kali ini adalah tiga kali ganda daripada bilangan unjuran pada tahun 2021 berikutan sambutan yang amat memberangsangkan yang diterima pada tahun 2022.

"Kerana populariti program ini, UMK merancang untuk menambah lagi unjuran ambilan pelajar pada tahun hadapan untuk memberi peluang lebih ramai kepada pelajar SPM menikuti program asasi sains ini,” katanya.

Sementara itu, Dr. Marinah berkata, pelajar baharu program asasi sains UMK ini merupakan kohort ke 11 dengan nama asalnya ialah Program Persediaan Keusahawanan Sains UMK yang telah dijalankan di Kolej MARA Kulim pada tahun 2011 hingga 2019.

3

Katanya, program asasi sains UMK mula ditawarkan pada tahun 2021 di UMK Kampus Jeli untuk meneruskan penawaran program akademik ini supaya lebih ramai pelajar yang berpengetahuan sains dan mempunyai kemahiran keusahawanan yang tinggi dapat dilahirkan.

"Program Asasi Sains UMK merupakan program unik yang mampu melahirkan bakal pelajar yang berpengetahuan dalam bidang sains serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang keusahawanan dengan kurikulum dan pendekatan dalam pengajaran yang berbeza.

"Berdasarkan gabungan mantap subjek sains dan subjek keusahawanan, pelajar dari program ini akan dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar unluk diserapkan ke dalam program ijazah sarjana muda bidang sains dan verterinar di UMK,” katanya.

6

Tambah beliau, pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran dalam ekosistem keusahawanan di UMK seawal pengajian diperingkat persediaan lagi.

"Pelajar yang berjaya adalah mereka yang bertuah kerana terpilih dari kalangan belasan ribu permohonan yang diterima melalui system UPU. Tidak dinafikan, program asasi sains UMK telah tersenarai sebagai program asasi paling popular di Malaysia berdasarkan bilangan permohonan yang diterima oleh UPU pada tahun lepas.

"Justeru itu, manfaatkan peluang ini sepenuhnya bukan sahaja untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di UMK malah sebaik sahaja tamat pengajian ijazah nanti serta ketika berada di dalam sektor pekerjaan nanti," katanya.

 

Web Traffic

2.png8.png3.png2.png9.png3.png
Today8
Yesterday291
This week1644
This month5141
Total283293

Who Is Online

1
Online

2024-04-20

Search