KEJAYAAN

Kejayaan

BICARA ULUNG NAIB CANSELOR SARAT DENGAN MESEJ POSITIF

Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, UMK perlu mencari sumber dalaman dan penjanaan pendapatan untuk menampung perbelanjaan UMK secara keseluruhannya termasuklah penambahan hasil pendapatan Universiti perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, UMK turut mengambil langkah drastik dengan mengeluarkan Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat Bagi Mengoptimumkan Perbelanjaan UMK.

150922-2-6.jpg

“Keadaan ini bukan hanya berlaku di UMK sahaja, tetapi kepada semua UA dan di peringkat negara dimana kedudukan ekonomi negara terjejas berikutan wabak pandemik Covid 19.

“Justeru, saya berharap #KeluargaUMK dapat memahami keadaan kritikal semasa kita dan negara. Maka, saya mohon agar kita semua berhemah dalam menggunakan bajet mengurus PTj masing-masing,” katanya pada Bicara Ulung Naib Canselor UMK Profesor Dr. Razli Bin Che Razak bertemakan “Memacu Transformasi Melestari Kecemerlangan #KeluargaUMK”, di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok pada 12 September 2022.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Pendaftar UMK, Encik Khairul Eruwan Abdul Halim.

150922-2-6.jpg

Menurut Prof. Dr. Razli, pengurangan yuran berulang kepada pelajar prasiswazah tempatan UMK antara pendekatan yang telah diambil oleh universiti khususnya dalam soal kebajikan pelajar.

Katanya, pemotongan itu termasuklah pengurangan sebanyak 78 peratus jumlah yuran pelajar latihan industri daripada jumlah keseluruhan yuran pelajar kanan termasuk yuran penginapan pelajar, perkhidmatan, aktiviti pelajar, perpustakaan, bantuan komputer riba dan banyak lagi.

“Walaupun kita sedar, implikasinya adalah besar kepada UMK, khususnya ianya akan mengurangkan hasil universiti tetapi demi kebajikan pelajar untuk memberi kemudahan dan keselesaan bagi meningkatkan potensi mereka.

“Selain itu, UMK telahpun menyediakan kemudahan penginapan sementara sebagai asrama luar di Asrama Atira yang terletak di Bachok tetapi penginapan ini terpaksa ditunda.

“Pada masa yang sama, kolej kediaman baharu turut dibina dan mampu menampung seramai 3,000 pelajar penginap di UMK Kampus Bachok. Begitu juga pembinaan kolej kediaman tambahan pelajar di Jeli yang dibangunkan melalui belanjawan pembangunan atau DE dan juga tambahan Kolej Kediaman di Bachok melalui PFI,” katanya.

Menurut Prof. Dr. Razli, UMK turut berusaha untuk memperkasakan hubungan antara UMK, industri dan komuniti untuk memastikan program keterlihatan dan imej graduan UMK terserlah.

150922-2-2.jpg

“Pihak universiti juga sedang memperkasakan penglibatan alumni dengan menyediakan program apparentis dengan tajaan pihak industri termasuklah galakkan penglibatan industri yang lebih proaktif melalui inisiatif “talent recruitement.

“Pada masa sama, UMK turut menaja kumpulan khusus untuk pengambilan khas pelajar baharu ke UMK, iaitu pelajar OKU dan Orang Asli dan juga program SULUNG yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Penajaan ini dibawah program wang zakat/wakaf dan sadaqah jariah melalui Pusat Islam UMK,” katanya.

Pada majlis itu, Prof Dr. Razli turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan (FTKW), Cik Nawwal Abdul Kadir dan YM Tengku Fauzan yang memenangi tempat pertama Piala Seri Endon 2022 bagi kategori “Kemasan Lembut”.

Turut menerima sijil penghargaan, Pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) yang menang tempat pertama pertandingan AKRI 2022.

150922-2-5.jpg

Prof. Dr. Razli turut menyerahkan watikah pelantikan Profesor UMK kepada Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor VK7.

150922-2-3.jpg

Turut berlangsung pelancaran Gimik Ulang Tahun UMK Ke-16 yang disempurnakan oleh Prof. Dr. Razli dan Pegawai Kanan Universiti.

Sementara itu, Prof. Dr. Razli dalam ucapan beliau turut menzahirkan jutaan terima kasih kepada Menteri Pengajian Tinggi , YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, diatas kepercayaan meneraju UMK.

Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Pengerusi LPU UMK YB. Senator Tan Sri Haji Mohamad Fatmi Haji Che Salleh dan ahli-ahli LPU UMK.

Beliau menutup Bicara Ulung dengan serangkap Hakikat Kehidupan iaitu

Dalam hidup kita hari ini;
Rumah semakin besar tetapi penghuninya makin tiada
Pangkat semakin tinggi tetapi kebijaksanaan semakin kurang
Gelar akademis semakin tinggi, tetapi adab ilmuan semakin kurang
Melancong seluruh dunia tetapi jiran sebelah rumah pun tak kenal
Alat dalam perubatan semakin canggih, penyakit semakin banyak
Menuntut ilmu semakin mudah tetapi guru semakin kurang dihargai
Teknologi semakin canggih, fitnah dan pengaiban semakin banyak
Kawan secara maya semakin banyak tetapi sahabat sejati semakin tiada.
Kata Saidina Ali bin Abi Thalib
Awal kehidupan adalah tangisan, pertengahan adalah ujian dan penghujungnya adalah Kefanaan.
Maka sahabat-sahabat, jadilah kita semua sebagai orang yang bermanafaat.

150922-2-7.jpg

150922-2-1.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png0.png2.png
Today114
Yesterday316
This week114
This month8050
Total286202

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search