KEJAYAAN

Kejayaan

UMK TUAN RUMAH SEMINAR THE 31st REGIONAL CONFERENCE ON SOLID STATE SCIENCE AND TECHNOLOGY 2022 (RCSSST2022)

RCSSST 2022 adalah anjuran Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) UMK dengan kerjasama Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) dengan mendapat tajaan daripada syarikat saintifik ternama iaitu Bruker Malaysia Sdn Bhd, Novatiq Saintifik Sdn Bhd dan Agilent Technologies.

Majlis perasmian seminar RCSSST 2022 telah di sempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak.

180922-1-1.jpg

Turut hadir, Presiden MASS, Prof. Dr. Abdul Halim Shaari, Dekan FBKT, Prof. Madya Dr. Muhammad Azwadi Sulaiman dan Pengerusi RCSSST2022, Chm. Ts. Dr. Nor Hakimin Abdullah.

180922-1-2.jpg

Manakala, ceramah ucaptama RCSSST2022 telah disampaikan Prof. Dr. Han Sang Wook , dari Jeonbuk National University, Jeonju, Korea Selatan.

Menurut Prof. Dr. Razli, seminar RCSSST 2022 adalah seminar hibrid terbesar yang pernah dianjurkan di Kelantan setakat ini di mana 207 peserta tempatan termasuk penyertaan antarabangsa daripada institusi di Arab Saudi, Indonesia, Filipina, Finland, Nigeria dan Korea Selatan.

180922-1-6.jpg

Beliau berkata, objektif utama seminar ini adalah untuk menonjolkan visi dan misi fakulti untuk mengutamakan inovasi teknologi dalam rangka kerja pelaksanaan keusahawanan.

180922-1-12.jpg

“Secara tidak langsung sebagai medium pendedahan untuk penyelidik muda dan kanan di universiti untuk mewujudkan kerjasama dengan industri dan penyelidik dari negara – negara yang terlibat,” katanya.

180922-1-6.jpg

Sementara itu, Ts. Dr. Nor Hakimin berkata, sebanyak 207 hasil kajian berkaitan sains pepejal akan dibentangkan oleh peserta secara fizikal dan atas talian.

Katanya, sebanyak 89 hasil kajian dibentangkan oleh 89 peserta secara fizikal 118 hasil kajian oleh peserta di atas talian.

“Para peserta akan dapat manfaat dari hasil perbincangan dan perkongsian hasil dapatan kajian masing-masing. Peserta juga dapat meluaskan jaringan kerjasama dalam bidang solid-state science and technology untuk pembangunan teknologi dan kesejahteraan global,” katanya.

180922-1-13.jpg

180922-1-10.jpg

180922-1-8.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png3.png6.png
Today48
Yesterday316
This week48
This month7984
Total286136

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search