KEJAYAAN

Kejayaan

UMK DAN TIGA UNIVERSITI AWAM METERAI KERJASAMA PROGRAM PENYELIDIKAN GRC

 

MOA yang ditandatangani ini digerakkan di bawah program Geran Padanan Penyelidikan atau COLLABORATIVE RESEARCH GRANT (CRG) yang bertajuk ASSESSING HAPPINESS LEVEL IN RELATION TO PRODUCTIVITY AMONG UNIVERSITIES EMPLOYEES DURING PANDEMIC.
Majlis menandatangani MoU tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak, Naib Canselor UTHM, Prof. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dan Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Yusserie Zainuddin.

280922-1-02.jpg

Menurut Prof. Dr. Razli , MoA ini merangkumi jalinan kerjasama akademik, penyelidikan dan perundingan yang selaras dengan misi universiti untuk menyediakan penyelesaian teori dan teknikal untuk keperluan industri dan komuniti.

280922-1-03.jpg
Katanya, geran padanan CRG bernilai RM40 ribu ini akan dijalankan selama setahun di mana dana sebanyak RM10 ribu turut disumbangkan oleh setiap rakan universiti termasuk UMK.
Manakala di peringkat UMK, Prof. Madya Ts. Dr Muhamad Saufi Che Rusuli selaku Ketua Penyelidik dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) akan turut bersama dalam geran padanan ini.
“GRC merupakan program sulung yang dijalankan di bawah FPTP UTHM. Pihak UMK berharap agar geran padanan ini akan melibatkan lebih ramai rakan kerjasama dari universiti lain dalam menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan secara bersama,” katanya.
Kerjasama ketiga-tiga universiti ini penting terutamanya berkaitan dengan kepakaran yang ada di universiti masing-masing dalam memenuhi keperluan industri dan komuniti terutama dalam bidang pengurusan dan akademik.

280922-1-04.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png9.png1.png
Today203
Yesterday316
This week203
This month8139
Total286291

Who Is Online

4
Online

2024-04-29

Search