KEJAYAAN

Kejayaan

43 STAF CEMERLANG TERIMA ANUGERAH GEMILANG FKP 2021

 

280922-2-02.jpg
Sebanyak 25 kategori anugerah telah diberikan kepada staf yang terpilih sebagai penerima Anugerah Gemilang FKP dari kalangan staf akademik dan staf pentadbiran termasuk satu anugerah khas iaitu pengiktirafan kepimpinan Universiti
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Abdul Halim, Penasihat Undang-Undang UMK, Pn. Noraini Idris, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Prof. Madya Dr. Nor Hakimin Yusoff.
Antara penerima ialah pemenang Anugerah Khas Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2022, Dr. Shah Iskandar Fahmie Ramlee yang memimpin projek Inovatif 2U2I apabila projek beliau berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan bagi kategori Anugerah Program Inovatif AKRI 2022 yang diadakan di Hotel Everly, Putrajaya, pada 3 September 2022.

280922-2-03.jpg
Beliau menerima Anugerah Aspirasi 2U2I diatas penghargaan kepada beliau selepas aktif mempromosikan program 2u2i di peringkat kebangsaan.
Turut menerima Anugerah Staf Gemilang FKP bagi kategori Sukan Dan Rekreasi, ialah Pensyarah FKP, Ts. Mahathir Muhamad, diatas pencapaian cemerlang Pasukan Petanque UMK (Kategori Trio Lelaki) yang memenangi pingat emas pada kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-44.
Pada majlis itu, FKP turut menyampaikan Anugerah Khas Pengiktirafan Kepimpinan Universiti kepada Prof. Dr. Razli, Prof. Dr. Nik Maheran dan Prof. Dr. Mohammad, bagi anugerah penghargaan oleh fakulti terhadap individu di kalangan staf FKP yang dilantik memegang jawatan tertinggi/utama semasa di dalam universiti.
Sementara itu, Prof. Dr. Razli berkata, pengiktirafan Anugerah Gemilang FKP adalah amat tepat pada masanya kerana sesuatu pencapaian yang cemerlang dan perlu diberi pengiktirafan jika kita mahu melihat lebih ramai staf untuk bekerja dengan cemerlang pada masa akan datang.

280922-2-04.jpg
Beliau berkata, justeru para akademik dan pentadbir FKP disarankan agar terus memberikan tugasan cemerlang dalam pembelajaran dan pengajaran serta pentadbiran yang ada pada diri sepenuhnya kepada pelajar bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berintegriti.
“Oleh itu, saya menyeru kepada semua staf yang berada dihadapan saya pada hari ini supaya menjalankan tugas dengan penuh integriti dan ikhlas. Integriti dan akauntabiliti yang tinggi dalam jatidiri seseorang staf sangatlah penting dalam usaha memastikan segala halatuju visi dan misi universiti dapat dicapai dan dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png6.png4.png0.png0.png
Today312
Yesterday316
This week312
This month8248
Total286400

Who Is Online

4
Online

2024-04-29

Search