KEJAYAAN

Kejayaan

TIGA PELATIH KOR SUKSIS UMK TERIMA ANUGERAH KHAS PELATIH TERBAIK

280922-3-02.jpg


Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan Kor Suksis UMK diterima oleh Inspektor KS Sahara Mohd Jalil dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Anugerah Pelatih Terbaik Latihan Luar diterima pula oleh Inspektor KS Vignesh A/L Kalaiselvan, pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) dan Anugerah Pelatih Terbaik Latihan Akademik diterima oleh Inspektor KS Nur Azrin binti Abdul Aziz dari, Fakulti Hospitaliti Pelancongan dan K280922-3-03.jpgesejahteraan (FHPK).


Ketiga-tiga anugerah telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, YDH CP Dato’ Aidi Ismail.
Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Inspektor Kor Suksis Universiti Awam Zon Timur 2022 disertai seramai 324 orang pelatih Kor SUKSIS yang terdiri daripada UMK, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSza) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

280922-3-05.jpg
Manakala, seramai 65 orang pelatih Kor SUKSIS UMK berjaya menamatkan latihan selama tiga tahun dan telah ditauliahkan sebagai Inspektor KS.
Kesemua pelatih telah melengkapkan enam semester bersamaan 672 jam sesi pembelajaran dengan berpandukan modul latihan serta penerapan kemahiran insaniah yang tinggi. Antara modul dipelajari seperti Modul Latihan Kawad, Modul Latihan Senjata, Modul Kursus Asas Pasukan Gerakan Am dan Modul Program Khidmat Masyarakat, Pegawai-Pegawai Kor SUKSIS.

 

280922-3-06.jpg

 

280922-3-07.jpg

 

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png3.png0.png
Today142
Yesterday316
This week142
This month8078
Total286230

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search