KEJAYAAN

Kejayaan

PELAJAR BAHARU PERLU BERSYUKUR DENGAN PELUANG BERJAYA MELANJUTKAN PENGAJIAN DI MENARA GADING

91122-01-02.jpg
Katanya, terokailah seberapa banyak ilmu dan pengetahuan sepanjang tempoh pengajian anda sepanjang berada di sini sehingga menjadi yang terbaik.
"Bayangkan, berapa ramai di luar sana yang tidak bernasib baik seperti anda semua. Justeru, jadilah pelajar yang berintelektual yang boleh memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara,” katanya pada Majlis Amanat Naib Canselor sempena Minggu Mesra Mahasiswa (3M) Sesi Akademik 2022/2023 di ketiga-tiga kampus iaitu UMK Bachok, UMK Kampus Kota dan UMK Kampus Jeli.
Dalam amanatnya, beliau berkongsi tentang pertemuan dengan sebahagian ibu bapa pada hari pendaftaran pelajar dimana mereka begitu meletakkan harapan yang tinggi kepada anak-anak mereka supaya dapat memanfaatkan peluang untuk belajar di universiti ini.

91122-01-03.jpg
Prof. Dr. Razli berkata, sebahagian pelajar baharu yang berjaya melanjutkan pengajian di universiti awam pada tahun ini adalah terdiri dari anak sulung dalam keluarga.
“Dalam maklumbalas yang saya terima dari ibu bapa ialah mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak dan mengalir air mata sejurus melihat anak-anak mereka berjaya melangkah buat kali pertama di kampus UMK.

91122-01-04.jpg
“Melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah impian semua ibu bapa kerana hanya dengan pendidikan tinggi sahaja dapat memecahkan kelompok kemiskinan.
“Harapan menggunung ibu bapa itu perlu anda semua tanggani dalam tempoh empat atau tiga tahun setengah ini untuk mendapatkan segulung ijazah di UMK yang tercinta ini. Dalam tempoh itu, hendaklah anda memiliki semangat juang yang tinggi dan jati diri dalam menghadapi segala masalah yang perlu di tanggani dengan bijak dan akal fikiran yang waras untuk berjaya menggenggam segulung ijazah nanti,” katanya.
Prof. Dr. Razli berkata, dengan segulung ijazah itulah yang dapat membantu kehidupan baharu nanti untuk memecah nasib ibu bapa kita sebelum ini.
“Jika dahulu, keluarga kita miskin tetapi dengan adanya segenggam ijazah atau pendidikan tinggi serta segala ilmu, bimbingan dan latihan yang ada di UMK khususnya latihan membentuk minda keusahawanan maka ia dapat membantu anda untuk memecahkan kehidupan dari kelompok kemiskinan keluarga kita.

91122-01-05.jpg91122-01-06.jpg
“Saya dan barisan kepimpinan universiti, semuanya berasal dari keluarga susah atau disebut keluarga B40. Seperti kita maklum, sebanyak 81 peratus pelajar UMK adalah kalangan keluarga B40 dan untuk memecah kelompok kemiskinan tidak ada cara lain ialah hanya dengan mempunyai pendidikan tinggi.

91122-01-08.jpg
“Dengan pendidikan tinggi atau ijazah, apabila kita bekerja dengan jayanya atau menjadi usahawan berjaya atau menjadi jutawan yang selalu kita impi-impikan selama ini,” katanya.
Beliau menyifatkan kejayaan Encik Hafiz Hiew Abdullah antara alumni pertama UMK yang berjaya bergelar jutawan hasil daripada beliau menceburi bidang keusahawanan sejak dari belajar lagi.


“Walaupun, beliau pelajar fakulti sains tetapi dengan penerapan minda keusahawanan dan bimbingan beliau berjaya menjadi seorang jutawan,” jelas beliau.
Justeru, Prof. Dr. Razli berharap mahasiswa perlu membuka minda dan menguasai kemahiran-kemahiran sahsiah dan jati diri dengan menyertai segala program anjuran Hal Ehwal Pelajar atau Akademik untuk memperoleh kejayaan.91122-01-09.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png3.png9.png
Today251
Yesterday316
This week251
This month8187
Total286339

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search