KEJAYAAN

Kejayaan

UMK TERIMA GERAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI BERJUMLAH RM8.9 JUTA PADA TAHUN 2022

101122-01-02.jpg
Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, UMK telah mensasarkan jumlah dana geran penyelidikan sebanyak RM 8.5 juta ringgit setakat ini dan telah mencapai sasaran malah melebihi daripada sasaran yang ditetapkan.
UMK telah menerima pelbagai geran antarabangsa pada tahun ini dan penerimaan geran antarabangsa ini membuktikan bahawa penyelidik - penyelidik UMK setanding dengan penyelidik - penyelidik diperingkat antarabangsa. Penerimaan geran-geran antarabangsa ini telah menyumbang kepada markah yang besar dalam pelbagai program penarafan seperti Malaysia Research Assessment (MyRA), QS World University Rankings, Times Higher Education (THE) dan sebagainya.
“Peningkatan jumlah geran ini adalah hasil daripada pelbagai inisiatif, skim, polisi dan garis panduan yang diperkenalkan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), antaranya ialah Skim Geran Padanan Antarabangsa - International Matching Grant (UMK MATCH) yang telah menarik pemberi dana antarabangsa.
“Ini termasuk Skim Insentif Potongan Cukai 2 kali (DTD) yang telah menarik pemberi-pemberi dana daripada industri menyumbang dana kepada penyelidik UMK.
“Selain itu, UMK turut memperkenalkan skim -skim geran baharu seperti Prototype Research Grant (UMK-PRO), Community Research Grant (UMK-COM). Ini termasuk Skim Geran UMK NICE (Non Academician Research for Innovation and Commercialization) yang diperkenalkan kepada staf pentadbiran.
“Inisiatif ini telah menarik pemberi dana luar memberi dana kepada staf pentadbir UMK menjalankan projek-projek inovasi,” katanya pada Majlis Penghargaaan Penyelidikan Dan Inovasi UMK, di UMK Bachok, hari ini.
Prof. Dr. Razli berkata, UMK juga turut mewujudkan Entiti Penyelidikan Baharu di bawah 9 strategi inisiatif Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) yang telah menghasilkan banyak Kumpulan dan Pusat Penyelidikan baharu di UMK seperti Gold Rare Earth and Material Technopreneurship Centre (GREAT), UMK Tropical Rainforest Research Centre (TRACE), ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) dan PEMIKIR.

101122-01-03.jpg
“Pusat-pusat penyelidikan ini bergiat aktif mencari dana luar yang bersesuaian dengan niche penyelidikan masing masing. UMK juga membangunkan Garis Panduan Geran Penyelidikan Kontrak yang diperkenalkan sebagai panduan kepada pihak industri dalam memberi dana kepada pihak UMK,” katanya.
Sementara itu, Prof. Dr. Razli berkata, UMK juga telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara dalam bidang penerbitan dimana sebanyak lebih 600 penerbitan jurnal berindek dihasilkan pada tahun ini.
“Ini adalah hasil tumpuan yang diberikan menerusi Insentif penerbitan jurnal dimana ia diperkenalkan bagi memberi motivasi kepada penyelidik UMK menerbitkan penerbitan dalam jurnal berindek SCOPUS dan Web of Sains (WoS).

101122-01-04.jpg
“Pihak TNCPI juga mengambil insiatif memperkenalkan insentif pembayaran jurnal iaitu untuk membantu penyelidik membayar yuran kepada jurnal-jurnal antrabangsa yang berimpak tinggi.
“Skim Post Doktoral penyelidikan yang telah memberikan output penerbitan yang banyak kepada UMK dan penubuhan UMK Rising Star telah berjaya melahirkan lapisan kepimpinan akademik baharu terutamanya dari sudut penyelidikan,” katanya.
Tambah beliau, pihak Universiti juga memberi Skim Insentif penerbitan popular kepada penyelidik-penyelidik yang menghasilkan penerbitan berimpak tinggi.
“Pada tahun ini juga, UMK telah menunjukkan peningkatan yang cemerlang dalam bidang pengkomersialan dan keusahawanan iaitu bagi harta intelek, sebanyak empat (4) paten dan satu (1) utility innovation telah berjaya mendapat status granted setakat tahun ini.

101122-01-05.jpg
“Ini merupakan sebahagian kecil dari jumlah besar di mana 203 hakcipta, 21 rekabentuk industri, 42 paten dan 34 cap dagangan telah difailkan sejak awal penubuhan UMK,” katanya.
Dalam merancakkan lagi aktiviti pengkomersialan universiti, Prof. Dr. Razli memaklumkan UMK telah memperkenalkan pelbagai insentif sejak 2020, antaranya ialah Polisi dan Prosedur Perundingan UMK.
Katanya, polisi dan prosedur ini bertujuan memberi panduan kepada staf UMK yang memberikan perkhidmatan kepakaran atau kemahiran kepada yang memerlukan, sama ada dengan mendapat bayaran atau tanpa bayaran.

101122-01-06.jpg
“Keduanya ialah Polisi dan Garis Panduan Penubuhan Dan Pemantauan Syarikat Hiliran Dan Syarikat Terbitan UMK untuk membenarkan staf UMK menubuhkan syarikat hiliran atau/dan syarikat terbitan dalam bentuk syarikat persendirian seperti yang termaktub di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777), dan tertakluk kepada syarat-syarat dalam Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).
“Seterusnya, UMK juga telah mewujudkan Garis Panduan Komersialan dan Harta Intelek yang bertujuan mewujudkan rangka kerja bersama untuk mengawal selia pemilikan dan pengurusan Harta Intelek daripada aktiviti penciptaan, perlindungan, inovasi, eksploitasi dan pemindahan teknologi yang dijalankan oleh kakitangan dan/atau pelajar Universiti Malaysia Kelantan,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png2.png8.png
Today240
Yesterday316
This week240
This month8176
Total286328

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search