KEJAYAAN

Kejayaan

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) TERSENARAI UNIVERSITI TERBAIK DI DUNIA, BERADA DI KEDUDUKAN 1201-1500 TIMES HIGHER EDUCATION (THE) WORLD UNIVERSITY RANKING 2023


BACHOK 13 Oktober 2022 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung-julung kalinya disenaraikan di Times Higher Education (THE) World University Ranking 2023 yang telah diumumkan keputusannya di New York, Amerika Syarikat, semalam.
Penarafan antarabangsa ini amat signifikan dengan pencapaian universiti sempena dengan ulangtahun sambutan ke 16 UMK pada September lalu.
Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, Times Higher Education (THE) World University Ranking 2023 dalam kenyataannya mengumumkan UMK berada di kedudukan 1201-1500 daripada 1799 institusi pengajian tinggi dunia.

101122-03-02.jpg
Sementara itu, UMK kini berada di kedudukan ke 15 daripada 22 universiti di Malaysia. Keputusan ini merupakan pencapaian julung-julung kalinya bagi UMK di di peringkat antarabangsa sekali gus merekodkan pencapaian terbaik UMK dalam sejarah antarabangsa.
“Selain UMK pertama kali dalam penarafan ini, universiti lain yang tersenarai adalah Universiti Sunway (801-1000) dan Universiti Malaysia Pahang (801-1000) dan juga Universiti Malaysia Sabah (1501+). Pengiktirafan ini amat membanggakan dan membuktikan bahawa UMK telah berjaya meletakkan universiti di peringkat antarabangsa.
“Merujuk kepada penarafan tersebut, UMK diukur berdasarkan lima (5) indikator utama iaitu Industry Income, International Outlook, Citation, Teaching dan Research,” katanya pada majlis penyerahan simbolik THE World University Ranking 2023, di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselori, UMK Bachok, pada 13 Oktober 2022.
Menurut Prof. Dr. Razli, UMK juga merekodkan pencapaian yang memberangsangkan bagi nisbah penerbitan terhadap staf akademik iaitu 3.9 dan bagi sitasi yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 150 peratus.
“Disamping itu, nisbah pendapatan dari industri terhadap staf akademik juga mendapat skor yang paling tinggi iaitu 39.4.
“Bagi International Outlook, penerbitan artikel bersama penulis antarabangsa turut memainkan peranan penting dalam pencapaian pada tahun ini dengan 32.7 peratus.
“Justeru, kejayaan ini merupakan inisiatif UMK dalam meperkasakan Pusat Kecemerlangan dan Pusat Penyelidikan, memperkenalkan program UMK Rising Star, Skim Insentif Penerbitan, dan Skim Pasca Doktoral Penerbitan.
“Tidak ketinggalan, UMK juga memastikan penambahan pelajar dan staf antarabangsa,” katanya.
Beliau menyifatkan pencapaian ini adalah kerjasama erat daripada warga UMK merupakan penyumbang utama kejayaan ini dan UMK akan terus bergerak maju sebagai pemain global bagi mencapai misi dan visi yang ditetapkan serta berada pada landasan yang terbaik sebagai sebuah universiti yang berfokus dalam memperkasakan bidang keusahawanan di negara ini.

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png7.png1.png
Today83
Yesterday316
This week83
This month8019
Total286171

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search