KEJAYAAN

Kejayaan

THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBOR) IKTIRAF UMK “MOST WAU BATIK COLORING EVENT”, BERJAYA CATAT PENYERTAAN TERBANYAK MELIBATKAN 550 PESERTA

101122-09-01.jpg
Sijil Pengiktirafan MBoR itu telah disampaikan oleh Perunding Kanan (Rekod) MBoR, Puan Siti Hajar binti Johor kepada Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak, di Foyer Bangunan Canselori, UMK Bachok, hari ini.
Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Arham Abdullah dan Pengarah Pusat Kebudayaan, Dr. Wan Mohd Nazdrol Wan Mohd Nasir.
Menurut Prof. Dr. Razli, program MBoR Most Wau Batik Coloring Event ini merupakan salah satu pengisian sempena Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2022, dimana UMK telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

101122-02.jpg
“Pengiktirafan MBOR ini sangat bermakna kerana ini adalah ciptaan rekod kali kedua bagi Pusat Kebudayaan UMK di mana kali pertama adalah Largest Mengadap Rebab Performance pada tahun 2014.
“UMK mahu mencipta lebih banyak program yang boleh disenaraikan dalam MBoR khususnya berkaitan dengan seni warisan dan kebudayaan Negeri Kelantan,” katanya.
Beliau berkata, program itu bukan sekadar menyajikan satu kelainan tetapi usaha oleh UMK dalam memartabatkan seni kebudayaan tradisional melalui budaya dan warisan.
“Penyertaan program MBoR pada kali ini melibatkan 550 pelajar dari pelbagai institusi pengajian seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Kolej Vokasional dan Institut Perguruan.
“Pemilihan wau bulan ini juga adalah sinonim dengan rakyat Negeri Kelantan dimana wau bulan turut diabadikan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan juga pengeluaran wang syiling 50 sen berlatarkan wau bulan.

101122-04.jpg
“Wau bulan adalah merupakan lambang kepada budaya dan identiti rakyat Kelantan,” katanya.
Prof. Dr. Razli berkata, lebih menariknya inovasi terhadap wau jenis wau bulan bersaiz A4 dengan diwarnakan oleh pelajar dengan kaedah mencanting batik dalam tempoh satu jam sahaja.
“Aktiviti ini adalah satu pendedahan yang cukup berharga buat pelajar sebagai generasi muda untuk mendedahkan mereka tentang seni dan warisan Negeri Kelantan selain penghargaan terhadap jati diri masing masing.

101122-03.jpg

101122-07.jpg

101122-08.jpg

101122-09.jpg

101122-12.jpg

101122-10.jpg

 

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png3.png4.png
Today246
Yesterday316
This week246
This month8182
Total286334

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search