KEJAYAAN

Kejayaan

433 PROJEK HASIL PENYELIDIKAN, KREATIVITI DAN INOVASI PECIPTA 2022 DIPAMERKAN BAGI MENGUBAH MASA DEPAN MALAYSIA YANG LEBIH MAMPAN DAN BERDAYA MAJU

101122-10-02.jpg
PECIPTA 2022 melibatkan penyertaan sebanyak 433 projek penyelidikan dan inovasi dari 20 Universiti Awam (UA), termasuk politeknik dan kolej komuniti dan 23 universiti swasta.
Selain itu, penyertaan pelajar sekolah serta libatsama pihak industri dan agensi kerajaan serta aktiviti pitching menjadi penanda aras dalam usaha meningkatkan potensi pengkomersialan produk dan teknologi yang diperkenalkan oleh para penyelidik.

101122-10-03.jpg
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Mohd Zabri Yusoff berkata, PECIPTA 22 bertemakan “Inovasi, Kreativiti, Teknologi, Keusahawanan dan Masyarakat” bermatlamatkan untuk memperkasakan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D dan C&I) yang akan memainkan peranan penting dalam memupuk inovasi dan mempercepat pembangunan sosioekonomi bagi mencapai kualiti hidup yang lebih baik.
Beliau menyifatkan penganjuran PECIPTA 2022 secara dwi tahunan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak tahun 2001 adalah selari dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadi negara 20 teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi.

101122-10-04.jpg
“Pada pembentangan Budget 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama, turut dinyatakan bahawa bagi menyokong syarikat pemula dalam agenda kelestarian dan perusahaan sosial, kerajaan akan menyediakan dana Malaysia Coinvestment Fund (MyCIF) sebanyak 30 juta ringgit sebagai tambahan kepada dana ECF (equity crowdfunding).
“Justeru itu, penganjuran PECIPTA secara berterusan adalah sangat penting agar kesinambungan program dan aktiviti inovasi dan penyelidikan dapat dijalankan, seterusnya memberi impak dan momentum yang baik ke arah merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah PECIPTA 2022, di Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMK Bachok, pada 3 November 2022.

101122-10-05.jpg
Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Arham Abdullah dan Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Shahiron Shahidan.
Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Arham berkata, PECIPTA diharapkan akan dapat meningkatkan kesedaran tentang keperluan dan kepentingan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi dalam kalangan masyarakat dan industri.
Katanya, pada tahun ini membawa kelainan dengan inisiatif kolaborasi bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dengan agensi di bawahnya iaitu Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), MRANTI, Cradle dan MTDC.

101122-10-06.jpg

101122-10-07.jpg
“Bukan sahaja MOSTI, kerjasama erat bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dalam melibatkan industri-industri yang relevan dengan projek inovasi yang dipertandingkan, dan juga penglibatan TERAJU. Terima kasih kepada pihak yang saya sebutkan sebentar tadi, yang telah menjadi rakan strategik dalam penganjuran PECIPTA ini.
“Bersesuaian dengan tema PECIPTA kali ini, iaitu Inovasi, Kreativiti, Teknologi, Keusahawanan dan Masyarakat, projek-projek yang diketengahkan adalah bertepatan dengan tema, dan juga selari dengan MYSTIE 10:10, yang menjurus kearah teknologi yang boleh diadaptasi oleh masyarakat dan juga industri,” katanya.

101122-10-08.jpg
Tambah beliau, melalui pembudayaan keusahawanan pula, bertepatan dengan hasrat kerajaan, iaitu 20 juta ringgit disediakan bagi melaksanakan Program Usahawan Siswazah (PUSh) untuk memanfaat 1,000 graduan

101122-10-09.jpg

 

 

menceburi bidang keusahawanan.
Katanya, projek-projek inovasi yang dihasilkan di universiti perlu seiring dengan penubuhan syarikat pelajar untuk merealisasikan pengkomersialan projek tersebut, yang sekaligus akan menghasilkan usahawan pelajar. Saya dimaklumkan, dalam program PECIPTA kali ini, antara inisiatif yang diketengahkan adalah jualan produk-produk daripada usahawan pelajar.
Selain pertandingan dan pameran, turut diadakan pitching dan simposium panel pakar dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura dan Malaysia.

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png2.png5.png
Today37
Yesterday316
This week37
This month7973
Total286125

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search