KEJAYAAN

Kejayaan

ALIBABA CLOUD ACADEMIC EMPOWERMENT PROGRAM (AAEP) SEDIA LATIHAN DAN PENSIJILAN PROFESSIONAL PENGKOMPUTERAN AWAN KEPADA 160 MAHASISWA/WI UMK

 

BACHOK 8 November 2022 I Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil langkah menganjurkan Alibaba Cloud Academic Empowerment Program (AAEP) bersempena dengan “Cloud Academy Day” anjuran Jabatan Sains Data (JSD) dan Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG), baru-baru ini.

Pengarah JSD, Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli berkata, penganjuran program ini diadakan dengan kerjasama Alibaba Cloud menerusi kejayaan Memorandum Persefahaman (MOU) antara UMK dan syarikat pembekal perkhidmatan awan (cloud service provider) nombor 1 di Asia Pasifik pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2022), yang diadakan pada 1 hingga 3 November 2022.
Beliau berkata, majlis penyerahan dokumen MOU itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Alibaba Cloud diwakili oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Alibaba Cloud Malaysia, Puan Nur Diyana Muinnudin.
MoU tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Mohd Zabri Yusoff dan Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Shahiron Shahidan dan Ketua Pemasaran Alibaba Cloud Malaysia, Puan Yilan Zhuang.


101122-11-02.jpg

Menurut Dr. Hasyiya Karimah, penganjuran AAEP adalah bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengkomputeran awan (Cloud Computing) dalam kalangan tenaga pengajar di Universiti selaras dengan pembangunan teknologi dan ekonomi digital serta perkembangan teknologi Industrial Revolution 4.0 (IR4.0) pada masa kini.
Program ini melibatkan pelajar JSD dari Bachelor of Information Technology melalui 4IR Competence Centre (AIBIG) dengan objektif utama AAEP di UMK adalah untuk menyediakan penyelesaian pembelajaran akademik (academic learning solution) yang signifikan dan boleh disesuaikan mengikut keperluan institusi.
Melalui AAEP, tenaga pengajar dan pelajar UMK boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan awan dan bahan pembelajaran, menyertai latihan berkaitan teknologi pengkomputeran awan dan akan mendapat pensijilan dari Alibaba Cloud,” katanya.

101122-11-04.jpg

Tambah beliau, Alibaba Cloud juga akan memberikan khidmat perundingan kepada UMK untuk memastikan kerelevanan kurikulum bagi kursus berkaitan dengan keperluan semasa dan akan datang dalam industri, bagi melahirkan pelajar yang bersedia dan kompetitif dalam karier mereka.
Program yang ditawarkan di UMK juga dirangka selari dengan teknologi Industrial Revolution 4.0 (IR4.0). Antara program yang diadun dengan elemen IR4.0 adalah program yang ditawarkan di Jabatan Sains Data (JSD). Program ini menfokuskan kepada Kepintaran Buatan (AI), Sains Data (DS) dan Internet Pelbagai Benda (IoT).
Sehubungan itu, AAEP dilihat bersesuaian dalam memberikan latihan kepada tenaga pengajar dan pelajar berkenaan teknologi dan fasiliti awan yang bersesuaian sebagai sokongan kepada bidang tumpuan UMK,” katanya.

101122-11-03.jpg

Sementara itu, program Cloud Academy Day at UMK yang berlangsung di UMK Kampus Kota pada 2 November 2022 dengan penganjuran bengkel “Riding the Tech Wave: Who is Alibaba and How does it Relate to your life?” iaitu platform untuk memperkenalkan fungsi Alibaba Cloud secara lebih terperinci kepada pelajar.
Bengkel ini juga mengulas tajuk “The Record-Breaking on the World’s Largest Online Shopping Festival dan Alibaba Supports Digital Transformation of the Olympic Games Tokyo 2020 with Cloud Technologies”.
Selain itu, program Alibaba Cloud Hands-On Workshop diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang Alibaba Cloud’s Elastic Computer Service (ESC) yang mengupas tentang infrastruktur dan fasiliti pengkomputeran awan.

 

Web Traffic

2.png8.png6.png4.png2.png0.png
Today332
Yesterday316
This week332
This month8268
Total286420

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search