KEJAYAAN

Kejayaan

UMK DAN ENU, KAZAKHSTAN JALIN KERJASAMA ANTARABANGSA


MoU itu dijangka akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak selewat- lewatnya pada Januari 2023.
Dekan Malaysian Graduate School Of Entrepreneurship and Business (MGESB ), Prof. Dr. Roselina Binti Ahmad Saufi berkata, kerjasama ini adalah hasil daripada perbincangan antara delegasi UMK dan ENU, baru-baru ini.
Beliau berkata, dalam perbincangan itu UMK dan ENU telah bersetuju untuk menandatangani MoU berhubung program dwi Ijazah MBA termasuk prospek kerjasama dalam pembangunan bidang pendidikan tinggi dan sains.
“Kerjasama ini juga turut membabitkan program mobiliti antarabangsa,” katanya.
Perbincangan bersama pihak ENU itu turut dihadiri oleh Kedutaan Besar Malaysia ke Kazakhstan, H.E. Dato' Syed Mohamad Bakri Syed Abd Rahman dan Pengerusi ENU-MBA, Prof. Dr. Lyaila.
Untuk makluman, ENU adalah universiti kedua terbaik di Kazakhstan di kedudukan ranking ke 277 dalam ranking antarabangsa QS 2023.

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png6.png5.png
Today277
Yesterday316
This week277
This month8213
Total286365

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search