KEJAYAAN

Kejayaan

DUA GRADUAN OKU BERJAYA TERIMA IJAZAH

301122-01-05.jpg

301122-01-03.jpg
Kedua-dua mereka antara 507 graduan daripada tiga fakulti iaitu FTKW, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) dan Fakulti Senibina dan Ekistik (FAE) yang menerima Ijazah Sarjana Muda pada sidang kelima, Istiadat Konvokesyen Kali Ke 12, UMK pada 25 November 2022 (Jumaat).301122-01-01.jpg
Siti Nurfarah Hanim atau lebih mesra dengan panggilan Nur Farah merupakan anak kelahiran Besut, Terengganu, dilahirkan sebagai anak istimewa yang mengalami kesukaran dan pergerakanya sejak lahir lagi.
Ketika ditemui, Nur Farah bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dan dapat meraikan majlis konvokesyen bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang.
“Saya mengakui banyak cabaran sepanjang pengajian di UMK, tambahan pula pergerakan saya terbatas kerana berkerusi roda tetapi pihak universiti melalui Bahagian Kebajikan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) amat prihatin dan mengambil berat tentang keadaan saya.
“Pihak universiti juga menyediakan beberapa kemudahan kepada golongan OKU bagi memberi keselesaan kepada kami untuk menghadiri kuliah dengan lebih selesa.
“Saya juga ada menerima sumbangan kerusi roda elektrik dari pihak universiti dan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan pergerakan beliau sepanjang pengajian di UMK,” katanya.
Nur Farah mahu buktikan bahawa golongan OKU boleh berjaya dan berdiri sama tinggi dengan mereka yang normal jadi apa pun rintangan dan halangan saya mesti kuat tambahan pula terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang.301122-01-02.jpg
Sementara itu, Nur Aida yang berasal dari Tumpat, Kelantan, mengakui status sebagai seorang insan istimewa tidak menghalang dirinya untuk menamatkan pengajian dan mengenggam segulung ijazah pada Istiadat Konvokesyen ke-12, baru-baru ini.301122-01-04.jpg
Beliau amat bersyukur dapat menamatkan pengajian di UMK dengan memanfaatkan peluang yang ada untuk belajar dengan sebaik mungkin.
“Pergerakannya agak terbatas namun saya berdikari sendiri dan rakan-rakan juga ada yang membantu.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada para pensyarah FTKW yang sentiasa memberi sokongan kepada kami berdua. Biar pun serba kekurangan, saya perlu berdikari kerana saya tekad untuk belajar meskipun dilahirkan sebagai OKU dan saya kena tabah untuk mengharungi cabaran walau berdepan pelbagai kesukaran,” katanya.

301122-01-06.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png2.png4.png
Today136
Yesterday316
This week136
This month8072
Total286224

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search