KEJAYAAN

Kejayaan

48 GRADUAN BARU FPV UMK DIISYTIHAR SEBAGAI AHLI IKHTISAS KEDOKTORAN VETERINAR MALAYSIA, DR. CHAN XIN WEN MENANG ANUGERAH KIJANG EMAS DAN BAWA PULANG RM7,000 HADIAH KECEMERLANGAN FPV

BACHOK 30 November 2022 I Graduan Doktor Perubatan Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr. Chan Xin Wen diumumkan sebagai penerima Anugerah Kijang Emas dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM 5,000.00, sijil dan pingat.

011222-01-01.jpg

Beliau turut memenangi dua anugerah lain iaitu Anugerah Terbaik Paraklinikal (RM1,000) dan Anugerah Terbaik Keusahawanan (RM1,000), sempena Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar serta Anugerah Kecemerlangan Akademik, yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMK Bachok, Kelantan, pada 30 November 2022.

Dr. Chan Xin Wen dipilih sebagai pemenang Anugerah Kijang Emas dan hadiah kecemerlangan FPV berdasarkan pencapaiannya yang cemerlang dalam akademik dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) iaitu 3.84.

011222-01-03.jpg

Pada majlis itu, seramai 48 graduan baru FPV turut diumumkan sebagai ahli Ikhtisas Kedoktoran Veterinar Malaysia oleh Pendaftar Majlis Veterinar Malaysia (MVM), Dr. Akma Ngah Hamid.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Muhammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Dekan FPV, Dr. Mohd Farhan Hanif bin Reduan.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, UMK telah berjaya melahirkan kohort ke -9 graduan Doktor Perubatan Veterinar Fdan telah menghasilkan seramai 358 orang Doktor Perubatan Veterinar sejak tahun 2014.

011222-01-12.jpg

Beliau berkata, penambahan seramai 48 doktor veterinar ini akan meningkatkan dan menampung keperluan veterinawan yang kompeten dan berwibawa di negara kita.

“Seperti yang dimaklum permintaan terhadap profesional ini amat tinggi dan ianya memberi peluang jaminan kerja yang hampir pasti. Ini berdasarkan kepada kebolehpasaran graduan Doktor Perubatan Veterinar mencecah 100 peratus dalam berbagai bidang kepakaran veterinar dalam agensi kerajaan dan swasta,” katanya.

Beliau juga berkata, UMK telah berjaya mendapatkan sejumlah peruntukan untuk membina satu (1) Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar di Kampus Bachok di atas tanah seluas 36 ekar dan dijangka siap dibina sepenuhnya pada tahun 2024.

011222-01-05.jpg

“Kompleks ini bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya bangunan akademik, makmal pengajaran dan klinik, dengan mempunyai kelengkapan sebegini, pihak universiti menjangkakan peningkatan pengambilan pelajar perubatan veterinar.

“Diharapkan kelengkapan ini akan menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran perubatan veterinar yang kondusif, selesa dan menepati kriteria Majlis Veterinar Malaysia bagi memberi impak yang tinggi kepada kualiti graduan program Doktor Perubatan Veterinar,” katanya.

011222-01-06.jpg

Sementara itu, Dr. Mohd Farhan Hanif berkata, pihak FPV telah melancarkan Pelan Strategik FPV 2022-2026 bagi mengukuhkan kecemerlangan dalam bidang akademik, penyelidikan, perkhidmatan kepada masyarakat, pembangunan pelajar, perkhidmatan makmal veterinar, aktiviti keusahawanan dan seterusnya Hospital Pengajar Perubatan Veterinar UMK.

Katanya, pihak universiti bersetuju untuk menaiktaraf Klinik Veterinar UMK kepada Hospital Pengajar Perubatan Veterinar UMK yang akan dikenali sebagai HPV. Hospital Veterinar yang terbesar di pantai timur yang bakal memberi manfaat kepada pelajar, warga universiti dan masyarakat sekitar.

011222-01-07.jpg

”Disamping itu, FPV juga telah menubuhkan UMK Veterinary Diagnostic Centre (UVDC), Makmal Pengajar Haiwan Kesayangan (CATEL) dan Hub Inovasi dan Pengkomersialan Ruminan (RICH) bagi menyokong perkhidmatan berasaskan veterinar kepada industri dan masyarakat.

011222-01-09.jpg

“Seterusnya, buat julung kalinya bersama dengan FPV UPM, kita telah menganjurkan Veterinary Academia Industry Convention (VAIC) 2022 yang telah disertai oleh hampir 450 orang veterinawan seluruh negara dan besempena dengan Persidangan Dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa PENCIPTA 2022.

“Pada majlis itu, FPV telah berjaya menganjurkan UMK Veterinary International Conference (UVIC) buat pertama kalinya yang telah disertai oleh peserta dari pelbagai negara,” katanya.

011222-01-10.jpg

 

011222-01-12.jpg

011222-01-11.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png8.png5.png
Today97
Yesterday316
This week97
This month8033
Total286185

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search