KEJAYAAN

Kejayaan

UMK DAN UNIVERSITAS BRAWIJAYA METERAI KERJASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN PERUBATAN HAIWAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA


BACHOK 4 Januari 2023 (Rabu) I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universitas Brawijaya (UB), Malang, Indonesia hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) secara virtual bagi kerjasama akademik dan penyelidikan perubatan haiwan di peringkat antarabangsa.

160123-02-01.jpg
Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Kelantan. Manakala Rektor Universitas Brawijaya, Dr. Widodo, menandatangani MoU tersebut di UB Malang, Indonesia.
Turut menyaksikan MoU tersebut, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Dekan FPV, Dr. Mohd Farhan Hanif Reduan dan Dekan FKH, Dr. Dyah Ayu Oktavinie.

160123-02-02.jpg
Kerjasama strategik ini melibatkan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), UMK dan Fakultas Kedoktoran Hewan (FKH), Malang Indonesia untuk kerjasama aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk penyelidikan antara kedua-dua pihak.
Prof. Dato’ Dr. Razli berkata, kerjasama antarakedua-dua buah fakulti ini telah bermula sejak awal 2022 lagi, malah kedua dua buah fakulti telah menandatangani surat niat/letter of intent (LOI) pada bulan Oktober 2022 yang lepas.

160123-02-03.jpg
Beliau juga dimaklumkan, pensyarah dan pelajar dari Universitas Brawijaya telah hadir ke UMK untuk menyertai UMK Veterinary International Conference dan juga Program Mobiliti Inbound ke FPV UMK pada bulan November yang lepas.
“Selain itu, kerjasama ini juga melibatkan pembangunan geran untuk penyelidikan dan inovasi berkaitan perubatan veterinar. Kedua-dua fakulti juga akan membangunkan kursus atau program yang sejajar dengan keperluan perubatan veterinar.

160123-02-04.jpg
“InshaAllah, melalui MoU Yang ditandatangani ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama yang sudah terjalin agar semua pelajar dan warga UMK dan UB mendapat manfaatnya,”katanya.
Sementara itu, kedua-dua fakulti juga bersetuju untuk menjalankan program mobiliti pertukaran pensyarah dan pelajar, kerjasama penyelidikan dan penerbitan, kerjasama dalam pengajuran seminar dan konferen, syarahan umum dan lain-lain.

160123-02-07.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png9.png5.png
Today207
Yesterday316
This week207
This month8143
Total286295

Who Is Online

4
Online

2024-04-29

Search