KEJAYAAN

Kejayaan

UMK DAN UNIVERSITAS RIAU JALIN KERJASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN SERANTAU

BACHOK, 11 Januari 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universitas Riau (UNRI), Pekan Baru, Indonesia, menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi kerjasama menjalankan program pembangunan akademik dan penyelidikan serta kerjasama lain di peringkat antarabangsa.

160123-03-02.jpg

Majlis pertukaran dokumen MoU itu telah disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Timbalan Rektor Bidang Perencanaan, Kerjasama dan Sistem Informasi Universitas Riau, Prof. Dr. Syaiful Bahri di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Kelantan, hari ini.160123-03-01.jpg

Melalui MoU tersebut, UMK dan UNRI akan bekerjasama dalam dalam bidang pembangunan akademik, mobiliti pelajar dan staf, pertukaran maklumat, informasi dan khidmat kepakaran, penyelidikan, penerbitan serta pengkomersialan.

160123-03-03.jpg

MenurutProf. Dr. Nik Maheran, UMK sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan universiti dan industri dalam usaha memastikan semua program yang ditawarkan universiti adalah selaras dan relevan dengan keperluan industri dan badan profesional.

Beliau berkata, kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya kepada pelajar dalam membantu melahirkan bakat kompeten serta berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Kerjasama UMK dan UNRI sudah lama terjalin dan melalui pelaksanaan MoU ini hubungan kedua-dua institusi ini dapat diperkukuhkan lagi.

160123-03-05.jpg

“Kunjungan hormat UNRI ke UMK ini adalah susulan daripada sesi pertemuan UMK-UNRI pada November 2022 yang secara prinsipnya telah membuka ruang kerjasama di antara kedua-dua belah pihak untuk berkolaborasi dalam beberapa bidang yang telah dipersetujui semasa perbincangan yang lalu.

“Pada kunjungan UMK yang lalu, satu surat pernyataan hasrat atau Letter of Intent (LoI) telah ditandatangani sebagai simbolik kerjasama di antara UMK-UNRI,”katanya.

160123-03-06.jpg

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMK, Prof Dr Arham bin Abdullah, Timbalan Rektor Bidang Umum dan Kewangan, Universitas Riau, Prof. Dr. Sujianto dan Professor of Sains Marin Universitas Riau, Prof. Dr. Ir. H. Aras Mulyadi.

160123-03-07.jpg

160123-03-08.jpg

160123-03-09.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png5.png8.png
Today70
Yesterday316
This week70
This month8006
Total286158

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search