KEJAYAAN

Kejayaan

UMK TAWAR PROGRAM PENGAJIAN ASASI TAHFIZ PERTAMA BERTERASKAN IR4.0 DI MALAYSIA

IPOH 9 Januari 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menawarkan program Pengajian Asasi Tahfiz sebagai laluan khas kepada pelajar lepasan tahfiz Al Quran di seluruh negara untuk melanjutkan pengajian akademik dalam pelbagai bidang profesional di UMK.

160123-04-01.jpg

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YB Senator Tan Sri Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh, berkata program ini diadakan untuk menghasilkan graduan huffaz profesional beteraskan IR4.0 dengan menekankan tentang kesinambungan hafazan Al Quran dan pengukuhannya.

Beliau berkata, program asasi selama setahun di UMK itu ditawarkan kepada pelajar tahfiz untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang profesional di UMK dalam bidang IR4.0, Sains, Sains Sosial dan Keusahawanan.

160123-04-03.jpg

“Selain itu, UMK turut menawarkan Program perubatan veterinar, industri asas tani, sains bumi, senibina dan lain-lain,” katanya pada kunjungan hormat delegasi UMK ke pejabat Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh Perak, hari ini.

160123-04-04.jpg

Kunjungan hormat itu turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Che Mohd Hashim bin Abdullah dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr Razli bin Che Razak.

Sesi pertemuan yang berlangsung selama lebih sejam itu, mendapat maklumbalas positif dari pihak pejabat Menteri Besar Perak untuk membuka peluang kepad anak-anak Negeri Perak mengikuti pengajian Asasi Tahfiz di UMK.

160123-04-05.jpg

Sementara itu, wakil Kerajaan Negeri Perak dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, S.F Tuan Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim dan Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Neger, Datuk Mohd Azlan bin Suhaimi.

160123-04-06.jpg

Turut hadir, Dekan Fakulti Sains Data & Komputeran, Dr. Hasyiya Karimah binti Adli dan Pensyarah Kanan FSDK, Ts. Dr. Hadhrami bin Ab Ghani.

160123-04-07.jpg

160123-04-08.jpg

160123-04-09.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png7.png1.png
Today183
Yesterday316
This week183
This month8119
Total286271

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search