KEJAYAAN

Kejayaan

TANGGAN FEST 2023 TONJOL BAKAT DAN KREATIVITI PELAJAR REKABENTUK PRODUK BERIMPAK TINGGI


BACHOK, 6 Feb 2023 I Program Tanggam Fest 2023 menjadi medan pereka bentuk ternama di Malaysia serta pelajar-pelajar bidang Rekabentuk Perindustrian Universiti Awam (UA) menonjol bakat dan kreativiti bagi menghasilkan reka bentuk yang berimpak tinggi dan mampu dikomersialkan.
Program anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui ISM Research Group, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia (PEREKA) telah diadakan selama dua hari bermula 30 hingga 31 Januari 2023.
Tanggam Fest 2023 juga diadakan bagi mendepani cabaran masa depan industri reka bentuk negara melalui platform berdiskusi serta berkongsi idea serta pendapat dalam merekabentuk produk-produk terkini.

 

 

260223-02-02.jpg
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad berkata, industri reka bentuk negara yang semakin berkembang pesat perlu memiliki kepakaran dalam penghasilan produk siap untuk mengangkat martabat sektor rekabentuk ke satu tanda aras yang lebih gemilang.
Beliau berkata, penganjuran program ini juga dilihat sebagai salah satu platform pertemuan dan diskusi ilmiah diantara pihak universiti dan pihak pemain industri rekabentuk di Malaysia.

260223-02-04.jpg
“Seramai 300 peserta dari UMK, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UITM) Kedah dan Melaka menyertai Tanggam Fest 2023.
“TANGGAM merupakan label di bawah seliaan MTIB selaku agensi yang bergiat aktif dalam menghasilkan reka bentuk berpaksikan idea dan sumber asli Malaysia serta dijadikan medium terbaik bagi menghimpunkan para pelajar rekabentuk perindustrian dari universiti di Malaysia bagi merealisasikan impian yang lebih besar.
“Melalui inisiatif MTIB ini dapat memacu industri reka bentuk perabot dan produk berasaskan kayu dan sebagai medium perbincangan dan perkongsian kepakaran reka bentuk TANGGAM kepada peserta program,” katanya pada Majlis Penutup Program Tanggam Fest 2023 di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, baru-baru ini.
Turut hadir, Dekan FTKW, Dr. Hanisa Binti Hassan dan Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Dr. Mohd Nor Zamri bin Mat Amin. Pada majlis itu, Prof. Dr. Nik Maheran turut menyampaikan surat pelantikan Dr. Mohd Nor Zamri Mat Amin sebagai Profesor Adjung UMK.
Prof. Dr. Nik Maheran menyifatkan penganjuran festival ini membolehkan perkongsian dan penjanaan idea baharu dalam beberapa sesi diskusi berkenaan produk rekabentuk yang berpotensi untuk dikomersialkan. Keduanya adalah untuk menghubungkan jaringan kerjasama antara pihak kerajaan, para akademik, dan rakan industri.
“Sebagai pihak yang menyediakan modal insan kepada sektor industri, adalah penting untuk kita melengkapkan pelajar-pelajar kita dengan ciri-ciri modal insan yang diperlukan oleh industri. Justeru, jaringan kerjasama yang sudah lama terjalin hendaklah diperkukuhkan lagi serta perlu ada komunikasi dua hala secara berterusan,” katanya

260223-02-05.jpg
Menurut Prof. Dr. Nik Maheran, program ini juga bertujuan untuk menyediakan platform dan ruang kepada pelajar dan industri untuk memikirkan penyelesaian masalah serta isu hasil perkongsian pakar dari pemain industri dan institusi pendidikan tinggi yang berbeza.
Justeru, melalui pendekatan ini kerjasama antara para akademik, rakan industri dan pelajar dapat disemarakkan dalam membentuk dan mendidik generasi yang mempunyai pemikiran kritis serta berkemahiran menyelesaikan masalah.
Beliau berharap program ini seterusnya memberi input untuk memantapkan lagi program rekabentuk perindustrian di UMK khususnya dan di universiti awam dan swasta di seluruh Malaysia.Tanggan Fest 2023 turut mendapat tajaan dari Pebbleraka, Asas Reka Enterprise, Shipping Agent, ZPS Pentanda Sinar, Ai Garage, Rekaism Studio dan beberapa syarikat di sekitar UMK Bachok.

 

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png9.png6.png
Today108
Yesterday316
This week108
This month8044
Total286196

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search