KEJAYAAN

Kejayaan

UMK JALIN KERJASAMA PENDIDIKAN ANTARABANGSA DENGAN Q.M CONSULTING AND BUSINESS SERVICES (QM) DAN L.N. GUMILYOV EURASIAN NATIONAL UNIVERSITY (ENU), DI KAZAKHSTAN


PUTRAJAYA, 21 Feb I Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Q.M Consulting and Business Services (QM) dan L.N. Gumilyov Eurasian National University (ENU), Kazakhstan hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MOA) antara kedua-dua pihak bagi kerjasama membangunkan program dwi Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).
Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dan Pengarah Urusan Strategi dan Pembangunan Perniagaan di Q.M Consulting and Business Services (QM), Kazakhstan, Dr. Nadeem Khalid dan Pengerusi Lembaga Rektor ENU, Prof. Dr. Sydykov Yerlan Battashevich.

260223-03-01.jpg
Turut menyaksikan perjanjian kerjasama tersebut ialah Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Tuan Yang Terutama En. Mohd Adli Abdullah, Mantan Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, YBhg. Dato’ Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Dekan, Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB), Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi.

260223-03-02.jpg
Majlis menandatangani MoU dan MoA telah berlangsung secara atas talian di Pejabat UMK, di Putrajaya, pada 21 Februari 2023.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, kedua-dua kerjasama untuk antara MBA dengan ENU dan QM ini dijangka akan memberi manfaat besar kepada semua pihak yang terlibat bersandarkan kepada visi dan misi UMK untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi dengan sifat-sifat keusahawanan.
Katanya, UMK menjadi Universiti Awam pertama di negara mengadakan kerjasama dengan Universiti Kazakhstan.

260223-03-07.jpg
“Justeru, saya amat berbesar hati dan terima kasih kepada Rektor ENU dan pasukan pengurusannya kerana mempunyai keyakinan terhadap UMK.
“Selain itu, kerjasama ini turut melibatkan QM Consulting & Business Services sebagai rakan industri membuktikan komitmen UMK sebagai instutusi akademik yang sentiasa menjalinkan kerjasama industri dan institusi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa untuk melahirkan modal insan yang terbaik untuk kedua-dua negara,” katanya.260223-03-04.jpg
Beliau berharap, kerjasama ini akan membuahkan hasil dalam meningkatkan perkongsian akademik seperti Continuing Professional Development (CPD), Program Pendidikan Eksekutif (EE), MBA Dual - Degree, penyelidikan, penerbitan dan sebagainya.
”Kedua-dua kerjasama pengantarabangsaan ini akan menjadi usaha penting dalam memastikan UMK dikenali ramai di kaca mata dunia,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png5.png0.png
Today162
Yesterday316
This week162
This month8098
Total286250

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search