KEJAYAAN

Kejayaan

PUSAT TEKNOKEUSAHAWANAN EMAS, NADIR BUMI & BAHAN (GREAT) UMK JADI RUJUKAN PIHAK INDUSTRI BERASASKAN SUMBER ASLI DAN MINERAL

 

JELI, 15 Februari 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Teknokeusahawanan Emas, Nadir Bumi dan Bahan atau dikenali sebagai GREAT kini menjadi pusat maklumat dan rujukan oleh pelbagai pihak termasuk industri serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT) khususnya dalam sektor perlombongan dan cari gali bersumberkan sumber asli dan hasil bumi.


Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah berkata, GREAT berperanan sebagai pusat maklumat setempat termasuk promosi, penyelidikan dan pembangunan berkaitan aktiviti berkaitan perlombongan emas, nadir bumi dan bahan mineral di Malaysia khususnya negeri Pantai Timur.
Beliau berkata, penubuhan GREAT ini secara umumnya bertujuan untuk mengembangkan aktiviti penjanaan pendapatan di UMK serta membangunkan program-program yang berkaitan dengan nadir bumi, emas dan mineral yang merangkumi bidang pendidikan, penyelidikan dan keusahawanan.
“Peranan dan fungsinya juga berlandaskan Nine Strategic Innovation Project dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bagi merancakkan aktiviti dalam ekosistem penyelidikan UMK yang dikenali sebagai RICES (Research, Innovation, Commercialization, Entrepreneurship and Society).
“Ini adalah selari dengan hala tuju baru IPT seperti yang digariskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato Seri Mohamed Khalid Nordin, dengan menfokuskan bidang penyelidikan yang berlandaskan penjanaan pendapatan IPT,” katanya230223-04-08.jpg

.
Sementara itu, Dr. Noor Fazliani Binti Shoparwe selaku Pengarah GREAT memaklumkan bahawa GREAT telah mula beroperasi pada Jun 2022 di UMK Kampus Jeli dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti menganalisa nadir bumi, emas dan mineral merangkumi alatan yang melibatkan penyediaan awal sampel, ujikaji dan analisa seperti alat crusher, pulverizing and sieving, microwave digestor, ICP-MS, ICP-OES, XRF, XRD dan pelbagai lagi alatan lain,”
“Sejak ditubuhkan pelbagai pihak telah menggunakan perkhidmatan GREAT antaranya ialah Pusat ALAM Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), INTI Collage, Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).
“Selain itu, GREAT juga menjadi pusat rujukan dari PMBK Azhab Sdn. Bhd, Benua Sunda Cargali, Sdn. Bhd, Agrostone Sdn Bhd, Taiahan Titanium Ore Sdn Bhd dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

230223-04-01.jpg
“Kepakaran yang dimiliki GREAT turut mendapat perhatian daripada kerajaan Negeri Kelantan, pihak UMK dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah membentuk kerjasama dengan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dan MOA.
“Kedua-dua pihak bersetuju bagi menyelaraskan dan membantu antara satu sama lain khususnya berkaitan perlombongan emas, nadir bumi dan bahan mineral di Negeri Kelantan. Kolaborasi yang dilakukan antara PMBK dan GREAT ini bertujuan menyelaraskan aktiviti-aktiviti berkaitan perlombongan emas, nadir bumi dan bahan mineral di Negeri Kelantan,” katanya.

230223-04-03.jpg
Menurut Dr. Noor Fazliani, kebanyakan pihak industri dan syarikat-syarikat luar akan menghantar sampel-sampel seperti emas, REE dan pelbagai jenis mineral lain untuk dianalisa.
“GREAT menyediakan perkhidmatan perundingan dan persidangan berkaitan emas, nadir bumi dan bahan mineral. Selain itu, kerjasama ini juga melibatkan pembangunan “databased”, penyelidikan, polisi, buku dan geran penyelidikan di Negeri Kelantan serta pembangunan projek-projek komuniti.
“Secara kesuluruhan, penubuhan GREAT ini telah memberi ruang dalam memperkembangkan potensi sumber-sumber mineral yang ada di Malaysia terutamanya dikawasan area di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya.

 

230223-04-05.jpg

230223-04-06.jpg

 

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png1.png2.png
Today224
Yesterday316
This week224
This month8160
Total286312

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search