KEJAYAAN

Kejayaan

902 PEGAWAI KADET KOR SISPA TAMAT LATIHAN TERIMA PENTAULIAHAN LEFTENAN MUDA (PA)


BACHOK, 5 Mac 2023 I Seramai 902 Pegawai Kadet Kor Sispa daripada 18 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan dua Institusi Pendidikan Guru (IPG) terima pentauliahan sebagai Leftenan Muda (PA) pada Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Kali ke-13 Tahun 2022 bertemakan Pembangunan Ilmu Pertahanan Awam di IPT, Tonggak Utama Kesejahteraan Awam Negara.

070323-01-01.jpg

070323-01-08.jpg
Majlis Penyampaian Watikah ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), YB. Datuk Armizan Mohd Ali, di Dewan Tuanku Canselor (DTC) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok, Kelantan, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam Malaysia, Yang Amat Setia Aminurrahim Bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) UMK merangkap Komandan Kor SISPA UMK, Prof. Dr. Nik Maheran Binti Nik Muhammad dan Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik Jabatan Pendidikan Tinggi, Encik Hirman Bin Awang @ Semail.

070323-01-07.jpg
YB. Datuk Armizan juga turut menyempurnakan majlis penyampaian 20 Anugerah Kadet Sispa Terbaik dan Majlis Pemakaian Pangkat Komandan Kehormat (PA) yang baharu dilantik kepada lima buah Universiti iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP), Univesiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

070323-01-02.jpg
Pada tahun ini, UMK menjadi tuan rumah dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

070323-01-04.jpg
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, Kor Sispa merupakan antara wadah terbaik dalam memupuk semagat kesukarelawanan di kalangan mahasiswa.
Beliau berkata, APM memberi penekanan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kor Sispa dengan memberi fokus kepada aspek kemahiran pertahanan awam di samping nilai-nilai yang positf dikalangan Mahasiswa.

070323-01-09.jpg
“Kor Sispa juga dilihat sebagai itu salah satu cabang untuk kerjaya pada masa hadapan apabila telah bergraduat kepada semua mahasiswa yang terlibat.
“Justeru, majlis Pentauliahan ini diadakan bertujuan untuk meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua PKS di seluruh IPT dan IPG yang terlibat bagi penerimaaan Watikah sebagai Lt. Muda (PA) setelah tiga tahun menyertai Kor Sispa diperingkat IPT / IPG masing-masing,” katanya.

070323-01-06.jpg

070323-01-04.jpg

070323-01-10.jpg

070323-01-05.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png3.png9.png
Today151
Yesterday316
This week151
This month8087
Total286239

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search