KEJAYAAN

Kejayaan

NAIB CANSELOR UMK GARIS 14 INSIATIF UNTUK MELANGKAH KE HADAPAN


BACHOK, 1 Mac 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menggariskan 14 rancangan dan inisiatif sebagai hala tuju UMK Melangkah Ke Hadapan untuk mencapai hasrat dan wawasannya sebagai Universiti Keusahawanan pada tahun 2030.070323-02-06.jpg


Perkara tersebut disampaikan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, dalam amanatnya sempena Majlis Aspirasi Naib Canselor 2023 bertemakan UMK Madani, Mendepani Masa Depan yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMK Bachok, hari ini.

070323-02-03.jpg
14 inisiatif ini adalah sejajar dengan aspirasi, strategi dan inisiatif ditetapkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) oleh YBM Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 30 Januari 2023 lalu yang menggariskan 11 azam, hasrat, tekad dan fokus yang tepat untuk memacu pendidikan tinggi ke arah lebih cemerlang.

070323-02-05.jpg
Prof. Dato’ Dr. Razli berkata, antara perkara yang menjadi keutamaan pada 14 agenda UMK ialah memberi penekanan kepada Kemampanan Kewangan, Pendigitalan, Pengukuran Prestasi Keusahawanan UMK, Melahirkan Usahawan Jutawan, Ilmu Untuk Masyarakat, Eko Pelancongan UMK dan 3R Keusahawanan (Respect, Referred, Relevan).

070323-02-04.jpg
Turut menjadi fokus ialah Keterlihatan UMK di Persada Antarabangsa, Kehidupan Kampus Yang Holistik, Kerelevanan Program Akademik Dalam Kalangan Industri, Mengintegrasikan Pendigitalan Kemiskinan Di Malaysia Bersama EPU, Membangun Indikator Universiti Keusahawanan, Kajian Impak Keusahawanan Komuniti dan Kajian Kes Kejayaan Syarikat Alumni.

070323-02-07.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png9.png6.png
Today308
Yesterday316
This week308
This month8244
Total286396

Who Is Online

4
Online

2024-04-29

Search