KEJAYAAN

Kejayaan

UMK TERIMA BAP RM100,000.00 DAN SIR CORNER RM350,000.00 SUMBANGAN YAYASAN BANK RAKYAT


BACHOK, 28 Februari 2023 I Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak menyempurnakan Majlis Perasmian Serambi Ilmu Rakyat (S.I.R) Corner bernilai RM350,000.00 sumbangan dari Yayasan Bank Rakyat (YBR) di Ruang American Corner, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Bachok, baru-baru ini.

070323-03-01.jpg

Turut berlangsung majlis penyerahan replika cek Bantuan Awal Pengajian (BAP) sebanyak RM100,000 oleh Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR, En. Khairul Na’im Arifin kepada Prof. Dato’ Dr. Razli.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Ketua Pustakawan UMK, Encik Azman Bin Hashim, Pengurus SIR Corner, Pn. Zatul Hasanah Mohamed Radzhuan, Eksekutif YBR, En. Muhamad Shahrul Ilmi Samsulazlan dan Nurhazwani Ahmed.

070323-03-03.jpg
Padamajlis itu, PPI telah menerima set fizikal SIR Corner berupa komputer dan set perabot serta lebih 100 ribu koleksi digital yang boleh diakses melalui tujuh pengkalan data. Koleksi digital ini merangkumi subjek perniagaan, ekonomi, kewangan dan lain-lain bacaan umum hasil kerjasama PPI dan Yayasan Bank Rakyat.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, YBR melalui Perpustakaan Digital Serambi Ilmu Rakyat atau lebih dikenali dengan nama 'SIR Corner' telah menyumbangkan set kelengkapan 'SIR Corner' kepada Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu UMK.
Katanya, SIR Corner dapat memberikan manfaat kepada pengguna termasuk pelajar, staf dan komuniti, dalam mendapatkan maklumat terkini serta bahan-bahan bacaan ilmiah secara digital.

070323-03-02.jpg
“Saya juga dimaklumkan bagi tahun 2022 sebanyak 20 IPT di Malaysia telah terpilih menerima ‘SIR Corner’ dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300,000. YBR juga telah memperuntukkan sebanyak RM350,000.00 setiap tahun untuk langganan pangkalan data bahan-bahan digital SIR dari pihak pembekal yang terlibat.
“Usaha ini bertujuan menggalakkan tabiat membaca, buat pelajar-pelajar dan masyarakat, tanpa sempadan, masa dan lokasi,” katanya.
Tambah beliau, pihak YBR juga telah menyediakan Bantuan Awal Pengajian (BAP) dalam usaha memberi bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dengan menyalurkan RM100,000 kepada pelajar B40 UMK bagi meneruskan pengajian.

070323-03-04.jpg
“Bantuan ini melibatkan 100 pelajar dari kalangan keluarga B40 dan pemilihan mereka adalah berdasarkan senarai yang telah dikenalpasti oleh Pejabat TNC HEPA di mana setiap pelajar yang terpilih bakal menerima peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang.
“Semua pelajar yang menerima bantuan adalah dikalangan pelajar semester 1 hingga semester 3 di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan mereka ketika kemasukan ke semester baharu,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png8.png2.png
Today294
Yesterday316
This week294
This month8230
Total286382

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search