KEJAYAAN

Kejayaan

MAJLIS ANUGERAH CITRA BUDAYA (MACIB) 2023 IKTIRAF SUMBANGAN PELAJAR UMK


KOTA BHARU, 5 Mac 2023 I Mantan Pengarah Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (Fakulti Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insan), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Farok Zakaria dinobatkan sebagai penerima Anugerah Warisan Budi pada Majlis Anugerah Citra Budaya (MACIB) 2023, baru-baru ini
Prof. Dr. Farok, yang kini berkhidmat sebagai Pensyarah Tamu di Prince Of Songkla University (PSU), Pattani, Thailand menerima sijil penghargaan, plak dan hadiah iringan.

070223-04-01.jpg
Anugerah Warisan Budi ini diberikan kepada insan-insan hebat dan individu yang sentiasa membantu Pusat Kebudayaan UMK dalam menjayakan program yang dirancang sepanjang tahun termasuk dalam aspek kepakaran ilmu, tunjuk ajar, kerahan tenaga.
Prof. Dr. Farok antara yang aktif dalam aktiviti kebudayaan sejak penubuhan Universiti termasuklah menyertai pelbagai seni persembahan dan warisan seperti Makyong, Rebana Kercing, Main Puteri, Dikir Barat dan pelbagai bidang lain yang telah berjaya menaikkan nama UMK di persada seni di peringkat nasional dan antarabangsa.
Beliau juga merupakan pengasas kepada penubuhan Kumpulan Le Waris UMK.

070223-04-02.jpg
Turut menerima anugerah Warisan Budi ini ialah Encik Ahmad Ramizu Bin Haji Abdul Rahman dari Kolej Vokasional Pengkalan Chepa, Encik Muhammad Khairullah Bin Atan merupakan guru tarian dari Maktab Rendah Sain Mara Jeli (Fasilitator Kokurikulum), Pegawai Psikologi Kanan, HEPA UMK, En. Abdul Khairul Azry Bin Abdul Rahman dan Penolong Jurutera Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur (PPPI), En. Muhammad Nasuha Bin Nik Muhammad.
Selain itu, UMK turut memperkenalkan empat anugerah lain iaitu Anugerah Lestari Seni (Harapan), Anugerah Lestari Seni Budaya, Anugerah Citra Seni (Harapan) dan Anugerah Utama Citra Budaya.

070223-04-03.jpg
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail , selepas dua tahun tidak diadakan berikutan penularan pandemik COVID-19, maka pada tahun ini MACIB 2023 dapat diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar, staf dan individu yang cemerlang dalam bidang kebudayaan.

070223-04-04.jpg
Beliau berkata, UMK sentiasa komited untuk melahirkan mahasiswa bukan sahaja profesional berinovatif, berdaya keusahawanan serta berpersonalit holistik tetapi seimbang dalam semua aspek agar mereka dapat menyumbang kepakaran serta tenaga demi menjayakan agenda pembangunan negara.
Justeru, Pusat Kebudayaan HEPA telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan MACIB 2023 sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajarnya yang bergiat secara aktif dalam aktiviti, program kesenian dan kebudayaan sepanjang tahun.
“Penglibatan pelajar dalam kesenian dan kebudayaan dapat mempengaruhi sahsiah pelajar dan mereka dapat mpaknya dapat diaplikasikan pada diri untuk semua bidang yang berkemahiran terutama bidang kreatif dalam seni budaya.

070223-04-06.jpg
“Ini secara tidak langsung, ia dapat menyumbangkan kejayaan kepada universiti mahupun sosial dan ekonomi negara,” katanya.
Pada majlis itu, Kelab Le’waris dan Kumpulan Band UMK turut membuat membuat persembahan menarik.

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png1.png9.png
Today31
Yesterday316
This week31
This month7967
Total286119

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search