KEJAYAAN

Kejayaan

TIGA PELAJAR UMK BERTUAH MENANG LANGGANAN GOOGLE WORKSPACE 12 BULAN SECARA PERCUMA


KUALA LUMPUR, 14 Mac 2023 I Tiga pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) diumumkan sebagai peserta terbaik Program Bank Rakyat Google Workspace Hackathon 2023 dan berjaya membawa pulang hadiah berupa langganan Google Workspace selama satu tahun tajaan Bank Rakyat.
Bank Rakyat Hackathon 2023-Google Workspace for Unipreneur 2.0 telah diadakan sempena Minggu Teknologi Bank Rakyat 2023 di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur bermula pada 14 hingga 16 Mac 2023.


230323-03-02.jpg
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB. Datuk Ewon Benedick. Ketiga-tiga mereka adalah Muhammad Asraf bin Mat Rani (pelajar Fakulti Industri Asas Tani), Farisya Alia binti Suhaimi (Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan) dan Fatin Afiqah binti Zahari (Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah). Pengarah Pusat Pembangunan Dan Pendidikan Keusahawanan (CEED), Dr. Mohd Safwan Ghazali berkata, Bank Rakyat dengan kerjasama Google Malysia melalui Pointstar dan Pusat Pembangunan dan Pendidikan Keusahawanan (CEED), Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) telah menganjurkan Program Bank Rakyat Google Workspace Heckathon.
Beliau berkata, program julung kalinya diadakan ini adalah bertujuan untuk memperkenal, mendidik serta memacu kesedaran ekonomi digital melalui platform Google Workspace.
“UMK antara satu-satunya universiti yang telah terpilih bagi penganjuran kali ini dimana seramai 21 orang peserta dari Program Bank Rakyat Unipreneur 2.0 telah berentap untuk dipilih sebagai tiga peserta terbaik bagi merebut hadiah berupa langganan Google Workspace selama satu tahun tajaan bank rakyat.
“Kempen ini telah diadakan selama satu bulan bermula pada bulan Januari sehingga Februari lalu melibatkan dua fasa pemilihan iaitu pada peringkat pertama, seramai 11 orang peserta telah dipilih oleh pihak Bank Rakyat dan Pointstar.

230323-03-03.jpg
“Peringkat saringan kedua, seramai tiga peserta terbaik telah dipilih untuk menerima hadiah berupa langganan Google Workspace selama satu tahun,” katanya.
Tambah beliau, pihak CEED-UMKEI berharap agar dengan kejayaan ini dapat memberi nilai tambah kepada usahawan pelajar untuk meluaskan perniagaan serta menambah ilmu dalam bidang perniagaan dan keusahawanan khususnya dalam era digital masa kini.
Katanya, pihak kami menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penyelaras keusahawanan fakulti dan semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan sentiasa menyokong aktiviti keusahawanan universiti.

230323-03-04.jpg
Minggu Teknologi Bank Rakyat 2023 berlangsung mulai 14 hingga 16 Mac ini bertemakan ‘Bank Rakyat of Tomorrow’ merangkumi pelbagai program menarik temasuk Forum Digital dan Tech Talk sessions yang menampilkan barisan speakers daripada pakar industri dan personaliti tempatan serta antarabangsa antaranya seperti Cloud Mile-Google Cloud, Amazon Web Services dan Microsoft.
Manakala Program Bank Rakyat Hackathon 2023 merupakan inisiatif Bank Rakyat UNIpreneur dengan UMK bertujuan menggalakkan pemikiran kreatif dan berinovasi di kalangan mahasiswa untuk menghasilkan aplikasi mudah alih yang memanfaatkan model perniagaan mereka..

 

230323-03-05.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png7.png2.png
Today84
Yesterday316
This week84
This month8020
Total286172

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search