KEJAYAAN

Kejayaan

UMK DAN TUJUH INDUSTRI TANDATANGAN MOU KERJASAMA STRATEGIK


KOTA BHARU, 6 April 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tujuh industri bagi tujuan kerjasama akademik dan penyelidikan di Dewan Ekspirmental, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, hari ini.
Industri yang terlibat antaranya Sunway Theme Park, Skytrex Sdn. Bhd., Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd., JDMas Commerce Sdn. Bhd., Big Onion Food Caterer Sdn. Bhd., Holiday Villa Hotels & Resorts Sdn. Bhd. dan Hitfat Sdn. Bhd.

100523-03-01.jpg
Majlis menandatangani MoU tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, mewakili Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak.
Manakala pihak industri terdiri dari Pengarah Urusan JDMAS Commerce Sdn. Bhd., Dato’ Bruce Lim Ain Choong, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Hotel Seri Malaysia, Dato’ Syed Kamarulzaman Dato’ Syed Zainol Khodki Shahabudin, Pengarah Urusan Skytrex Sdn. Bhd., En Azlan Idrus dan Pengarah Urusan Big Onion Food Caterer Sdn. Bhd., En. Liang Foo Kuan.
Turut hadir, Pengarah Pembangunan Operasi dan Organisasi Holiday Villa Hotels dan Resorts Sdn. Bhd., En. Lee Chen Siong, Pengurus Besar Sumber Manusia Sunway Theme Parks, En. Harvidar Singh dan Pengasas dan Jurulatih Hitfat Gym, Tuan Asyrani Nasir Tuan Mohammad.

100523-03-02.jpg
Menurut Prof. Dr. Arham, kerjasama MoU tersebut dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua hala UMK yang telah sedia terjalin di antara ketujuh-tujuh industri khususnya dalam aspek penempatan pelajar di industri, pertukaran kepakaran staf di industri, penyelidikan, perundingan dan khidmat masyarakat.
Beliau berkata, MoU ini juga melibatkan kerjasama dalam perancangan dan pembangunan akademik, mod industri dan tradisional serta program pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang hospitaliti, pelancongan dan kesejahteraan.

100523-03-03.jpg
“Kerjasama ini akan dapat menyokong pelan pembangunan negara selaras dengan konsep Malaysia Madani dalam menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berteraskan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan,” katanya.
Sementara itu, Dekan FHPK, Prof. Madya Dr. Roslizawati Che Aziz berkata, FHPK kini dalam proses untuk menjalinkan hubungan kerjasama pintar (smart and strategic partnership) bersama Industri dalam pelaksanaan program apprentice 3u1i, latihan industri, penyelidikan, perundingan dan aktiviti bersama industri.

100523-03-04.jpg
Beliau berkata, Program Apprentice 3u1i merupakan program pengajian mod industri yang buat pertama kalinya telah ditawarkan di FHPK bermula tahun 2019.
“Dalam tempoh itu, seramai 16 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Hospitaliti) dengan kepujian yang juga merupakan kohort pertama Apprentice 3u1i telah menjalani latihan di Gerbang Alaf Sdn. Bhd (McDonalds) dan telah pun menamatkan pengajian mereka pada sesi konvokesyen UMK ke-12.

100523-03-05.jpg
“Program ini telah membuka banyak ruang kerjasama antara UMK dan industri melalui penempatan pelajar selama 3 tahun di universiti dan 1 tahun di industri. Inisiatif ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan terkini dan kemahiran yang relevan untuk memenuhi keperluan industri dan cabaran global, “ katanya.
Tambah beliau, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat keusahawanan melalui kerjasama akademik dan industri dengan pendekatan penyampaian secara Work-based Learning.

100523-03-06.jpg

100523-03-07.jpg

100523-03-08.jpg

100523-03-10.jpg

100523-03-11.jpg

 

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png5.png1.png
Today63
Yesterday316
This week63
This month7999
Total286151

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search