KEJAYAAN

Kejayaan

UMK JALIN KERJASAMA ANTARABANGSA DENGAN ZARQA UNIVERSITY, JORDAN

BACHOK 11 Mei 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Zarqa University, Jordan bagi melaksanakan kerjasama dalam bidang pembangunan penyelidikan, program akademik dan mobiliti pelajar.

 

170523-02-06.jpg

Majlis menandatangani dokumen MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dan Naib Presiden (Hal Ehwal Pentadbiran) Zarqa University, Prof. Dr. Nidal Farid Eshah, di Bilik Seminar 1, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Kelantan, hari ini.

170523-02-02.jpg

Turut sama menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Dekan fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Prof. Madya Dr. Muhammad Azwadi bin Sulaiman, dan Pengarah Education Malaysia Jordan, Prof. Madya Dr Radzuwan Abdul Rashid.

170523-02-04.jpg

Menurut Prof. Dato. Dr. Razli, kerjasama kedua-dua universiti ini bertumpu kepada perkongsian ilmu dan kepakaran serta turut melibatkan aktiviti penyelidikan dan geran padanan bagi manfaat bersama.

“UMK juga bakal menandatangani beberapa Memorandum Perjanjian (MoA) dan MoU dengan pelbagai agensi dan universiti dari Jordan, termasuk Jordan University Science and Technology. Kerjasama ini termasuk geran padanan daripada Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) dan beberapa fakulti lain di UMK. Perjanjian ini dilihat mampu menyumbang kepada kemajuan akademik dan usaha penyelidikan yang berkesan kepada pihak universiti,” katanya.

170523-02-08.jpg

Tambah Prof. Dato’ Dr. Razli, kerjasama ini membuktikan komitmen UMK dalam memperkukuhkan ikatan bersama institusi antarabangsa yang disegani, memupuk semangat kerjasama dan jalinan hubungan yang merentasi sempadan geografi.

170523-02-07.jpg

Katanya, kerjasama ini juga dapat mempromosikan program pertukaran akademik dengan mewujudkan peluang mobiliti, pertukaran idea, pemahaman budaya dan perkongsian ilmu bagi staf dan pelajar.

“Dengan perkongsian projek penyelidikan, sumber dan pengetahuan yang terkini, kami mampu meningkatkan kualiti dan impak hasil penyelidikan, sekaligus membantu menangani isu-isu berat yang dihadapi oleh masyarakat.


170523-02-09.jpg
“Adalah menjadi harapan saya agar kerjasama UMK dan Zarqa University ini dapat memberi manfaat kepada pelajar, fakulti, dan ahli akademik dalam skop yang lebih luas,” kata beliau lagi.

Untuk makluman, Zarqa University merupakan sebuah universiti swasta yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang sains, teknologi, ekonomi, seni, dan lain-lain. Universiti ini amat berminat dalam menjalinkan kerjasama dan menyebar luas ilmu yang ada ke seluruh dunia.

170523-02-05.jpg

 170523-02-10.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png7.png0.png
Today282
Yesterday316
This week282
This month8218
Total286370

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search