KEJAYAAN

Kejayaan

UMK KEKAL PENCAPAIAN PENSIJILAN MS ISO 9001:2015

BACHOK, 9 Mei 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015 selama dua tahun berturut-turut bermula 2021 hingga 2022 membuktikan bahawa universiti ini ditadbir dengan baik sekaligus menunjukkan perkhidmatan awam dilaksanakan dengan cemerlang.

170523-04-04.jpg

Pencapaian itu dilakar oleh UMK dalam usaha memartabatkan UMK sebagai Universiti Keusahawanan No 1 di negara ini selepas Lawatan Audit Surveillance ke-2 MS ISO 9001: 2015, di ketiga-tiga kampus UMK pada 7 Mei hingga 9 Mei 2023.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail memaklumkan Lawatan Audit Surveillance kali kedua ini bertujuan untuk menentukan pematuhan berterusan terhadap skop pensijilan, standard dan proses kerja dalam sistem perkhidmatan sekaligus dapat mengekalkan pensijilan MS ISO 9001: 2015.170523-04-02.jpg

“Pengauditan kali ini melibatkan ketiga-tiga kampus UMK bagi memastikan pematuhan kualiti dilaksanakan mengikut keperluan MS ISO 9001:2015,,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penutup Lawatan Audit bagi mewakili Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, di Bilik Mesyuarat Senat, UMK Bachok, semalam.

170523-04-03.jpg

Prof. Dr. Mohammad merakamkan syabas dan tahniah di atas komitmen yang dipamerkan oleh semua Pusat Tanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) UMK mematuhi standard MS ISO 9001: 2015.

"Terima kasih kepada auditor- auditor SIRIM yang hadir dan teguran yang diperoleh akan dapat membantu pihak UMK untuk mengenalpasti ruang dan peluang yang boleh dilakukan demi memastikan kecemerlangan UMK,” katanya lagi.

UMK juga akan menghadapi audit pensijilan semula yang akan diadakan 3 bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil MS ISO 9001: 2015 sekitar Januari 2024.

170523-04-05.jpg

Sementara itu, Ketua Auditor SIRIM, Cik Hanida Binti Ghazali berkata, UMK sekali lagi tiada Non Conformance Report (NCR) diterima pada tahun ini dan terdapat hanya lima sahaja Opportunity for Improvement (OFI) yang diperoleh dan UMK berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001: 2015.

Sebelum itu, Prof. Dato' Dr. Razli dalam ucapan alu-aluan pembukaan mesyuarat memaklumkan tentang kepentingan berkaitan penambahbaikan kualiti secara berterusan serta mengambil langkah dan usaha ke arah penambahbaikan agar ketidakpatuhan tidak berulang.

170523-04-08.jpg

Untuk rekod, UMK telah berjaya mendapat pensijilan MS ISO 9001: 2015 daripada pihak SIRIM pada 19 Mac 2021 dan Pusat Pengurusan Kualiti Universiti adalah urus setia kepada pensijilan ini di UMK.

Lawatan Audit Surveillance MS ISO 9001: 2015 diketuai oleh Cik Hanida Binti Ghazali dan disertai oleh En. Mohd Hisyam Bin Mahadi, Puan Kamasahliza Binti Md. Sahair @Shahir dan Puan Siti Roshaiza Binti Ali.

170523-04-09.jpg

 

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png7.png5.png
Today187
Yesterday316
This week187
This month8123
Total286275

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search