KEJAYAAN

Kejayaan

UMK DAN JORDAN UNIVERSITY SCIENCE AND TECHNOLOGY TANDATANGAN MOA UNTUK KERJASAMA PROJEK PADANAN GERAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA

AMMAN, 16 Mei 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Jordan University Science and Technology (JUST) hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) untuk kerjasama pelaksanaan Projek Matching Grants Malaysia-Jordan yang bakal memberikan manfaat bersama kepada kedua-dua belah pihak.

MoA itu ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dan Presiden JUST, Prof. Khalid I El-Salem serta disaksikan oleh Duta Malaysia di Jordan, Tuan Yang Terutama (TYT) Mohamad Nasri Abdul Rahman.

170523-06-03.jpg

MoU tersebut akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang penyelidikan.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, Projek Matching Grants Malaysia-Jordan ini merupakan satu inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia dengan kerjasama Education Malaysia Jordan (EMJ).

Beliau berkata, kenyataan Education Malaysia Jordan, jumlah permohonan geran yang diterima sebanyak 566 permohonan dan Jordan University Science and Technology (JUST) hanya memilih 29 projek untuk kerjasama ini.

170523-06-04.jpg

“Matching Grants ini digunakan untuk menyokong projek penyelidikan kolaboratif dengan pihak luar, seperti institusi antarabangsa yang boleh menyediakan kepakaran, sumber atau rangkaian pelengkap untuk projek penyelidikan.

“Dalam kerjasama ini sebanyak empat (4) daripada projek penyelidikan tersebut adalah daripada penyelidik UMK. Melalui projek Matching Grants ini sekaligus dapat membantu menggalakkan kerjasama penyelidikan, mewujudkan sinergi dan perkongsian dalam kalangan penyelidik dan pihak luar serta merangsang pelaburan luar.

“Alhamdulillah kerjasama hari ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh Universiti dalam mempromosikan UMK dipersada antarabangsa dan menjadikan UMK sebuah Universiti Keusahawanan yang terunggul di masa hadapan,” katanya.

170523-06-05.jpg

Turut hadir, Minister Councellor (Education) Malaysia, Prof. Madya Dr. Radzuwan Ab Rashid, Pengarah Pejabat Antarabangsa JUST, Prof. Feda Yousef Al-Tamimi, Pengarah Penyelidikan JUST. Prof. Tareq Lewis Mukattash.

Manakala delegasi UMK, Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Chm. Ts. Dr. Abdul Hafidz Yusoff dan Pengarah Bahagian Penerbitan dan Penarafan (TNCPI), Prof. Madya Dr. Mohd Asrul Hery Ibrahim.

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png3.png8.png
Today150
Yesterday316
This week150
This month8086
Total286238

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search