KEJAYAAN

Kejayaan

UMK WUJUD KERJASAMA DENGAN 13 PEMAIN INDUSTRI


PUTRAJAYA, 23 Mei 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil inisiatif bekerjasama dengan 13 pemain industri sebagai pelan jangka panjang untuk meningkatkan kualiti graduan UMK.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, kerjasama pintar ini diwujudkan selaras dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu Pemerkasaan Hubungan Industri. 

280523-01-01.jpg

Katanya, sesi libat urus UMK dan pemain industri serta pihak-pihak berkepentingan adalah bertujuan untuk memberi pandangan dan input untuk  membincangkan kebolehpasaran graduan supaya lebih komprehensif dan berdaya saing.

“Selain itu, usaha ini juga sebagai langkah mendepani revolusi industri dan perubahan lanskap pasaran kerja di dalam industri.

280523-01-05.jpg

“Isu kebolehpasaran graduan adalah antara agenda penting yang seringkali dibincangkan oleh pengurusan universiti dan salah satu peranan penting universiti adalah untuk melahirkan modal insan dan tenaga kerja negara yang berkualiti bagi memenuhi pasaran kerja yang semakin kompetitif.

“Justeru, objektif sesi libat urus ini adalah bagi mengenal pasti strategi dan inisiatif yang perlu diambil oleh UMK untuk melahirkan graduan yang bersedia memasuki ke pasaran pekerjaan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebolehpasaran Graduan (GE), di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya, hari ini.

280523-01-06.jpg

Turut hadir, wakil dari pelbagai industri antaranya Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), LinkedIn, Petronas Dagangan Berhad, Celcom-Digi dan Bank Islam.

280523-01-07.jpg

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya, Kanseling da Alumni (PKKA), Prof. Madya Dr Mohd FadiL Mohd Yusof.

Sementara itu, Prof. Madya Dr Mohd Fadil, berkata platform sesi libat urus ini membolehkan pihak PKKA mengatur strategi berdasarkan input dan cadangan yang diperolehi untuk memastikan graduan UMK bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. 

280523-01-08.jpg

“Antara cadangan yang dilontarkan pada sesi libat urus ialah dengan memberi banyak ruang kepada industri untuk membuat perkongsian secara langsung melalui maya atau secara fizikal kepada pelajar,” katanya.

 

280523-01-03.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png4.png2.png
Today154
Yesterday316
This week154
This month8090
Total286242

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search