KEJAYAAN

Kejayaan

UMK PERLUAS JARINGAN ANTARABANGSA, METERAI MOU & MOA KERJASAMA TIGA UNIVERSITI DI ASIA TENGGARA DAN INDUSTRI


KOTA BHARU, 8 Mei 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK), melalui Fakulti Sains Data dan Pengkomputeran (FSDK) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Fatoni, Thailand dan Antsbees Sdn. Bhd., bersempena Karnival TechnoConnect 2023.160623-04-01.jpg
Kerjasama strategik ini meliputi bidang akademik, penyelidikan dan pelaksanaan program Eksekutif dalam bidang Data Analitik.
Majlis menandatangani MoU berkenaan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak manakala Universiti Fatoni diwakili oleh Timbalan Rektor (Hubungan Antarabangsa dan Alumni), Prof. Madya Dr. Sukree Langputeh dan Ketua Pegawai Eksekutif Antbees Sdn Bhd, En. Sofian Sharin.

160623-04-02.jpg
Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Che Mohd Hashim Abdullah sebagai Tetamu Kehormat, Prof. Dr. Aweng A/l Eh Rak Prof (Ahli LPU Wakil Senat), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah.
Hadir sama, Pengerusi Antsbees Sdn. Bhd., Datuk Mat Noor Nawi dan wakil Mudir Maahad Sains Tok Guru, En Muhamad Aznan B Che Will@Ismail.
Prof. Dato’ Dr. Razli berkata, MoU di antara kedua-dua pihak tersebut merangkumi beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan khususnya dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi digital sekaligus menyambut saranan kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara digital.
Beliau berkata, FSDK adalah sebahagian usaha universiti untuk bergerak seiring dengan trend semasa arus digital IR4.0 dalam melahirkan graduan bermutu dari bidang Sains Data dan Kepintaran Buatan.

160623-04-03.jpg
“Permintaan kerja yang semakin mendadak dalam bidang ini juga telah menjadi pemacu utama pertumbuhan ICT di Malaysia. Memandangkan ekonomi Malaysia telah berkembang dan pelbagai selepas pandemik COVID-19, terdapat peningkatan permintaan untuk penyelesaian digital merentas pelbagai sektor, termasuk kewangan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan e-dagang,” katanya.
Sementara itu, Dekan FSDK, Dr. Hasyiya Karimah berkata, dengan kerjasama akademik antara tiga Universiti di Asia Tenggara ini, ia menampakkan keterlihatan FSDK dan UMK di peringkat antarabangsa.

160623-04-04.jpg
“Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan melalui kerjasama ini seperti program mobiliti pelajar, pertukaran staf akademik, perkongsian penyeliaan pascasiswazah, serta pelantikan Profesor pelawat.
"Kolaborasi antarabangsa ini juga menunjukkan FSDK optimis dengan perkembangan fakulti untuk berdiri kukuh dalam arena Kepintaran Buatan dan Sains Data", katanya.
Pada majlis yang sama, Prof. Dato’ Dr. Razli turut merasmikan pelancaran Fakulti FSDK.
Universiti juga meraikan kejayaan penarafan jabatan (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Sains Data) kepada fakulti.

160623-04-05.jpg
Pada waktu yang sama, Dekan FSDK juga menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Che Mohd Hashim yang membantu FSDK dalam mendapatkan sumbangan sebanyak RM 64, 750 yang dianugerahkan kepada lima orang pelajar cemerlang FSDK yang dipilih daripada kalangan asnaf.
Pemberian derma ini disampaikan dalam majlis yang sama selepas perasmian FSDK UMK@School yang mewar-warkan Sekolah Maahad Tahfiz Tok Guru Pengkalan Chepa sebagai sekolah anak angkat pertama FSDK melalui program UMK@School.
UMK@School merupakan platform kepada FSDK untuk menyumbang kepakaran dan fasiliti makmal komputer dan awan kepada pelajar sekolah, selain melibatkan pelajar dengan aktiviti pengaturcaraan, servis komuniti setempat dan perkongsian daripada pensyarah.
Majlis diakhiri dengan penutup bagi program Karnival TechnoConnect 2023 yang telah berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung antaranya Seminar Keusahawanan IR4.0, Pameran produk AI, Mobile Legend Tournament, pertandingan nyanyian dan lain-lain.

160623-04-06.jpg
Karnival julung kali diadakan ini melibatkan hampir 20 gerai jualan yang dihadiri oleh empat buah sekolah menengah, pelajar dan staf di kampus serta orang awam.
Terdahulu, majlis menandatangani MoU antara UMK dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan MOA Universitas Mercu Buana (UMB), Indonesia dilakukan secara desk-to-desk.

160623-04-08.jpg

160623-04-09.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png1.png8.png
Today30
Yesterday316
This week30
This month7966
Total286118

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search