KEJAYAAN

Kejayaan

KUMPULAN LESTARI WARISAN (LE'WARIS) UMK DINOBATKAN PEMENANG ANUGERAH KHAS JURI DI FEKAZ 2023


PULAU PINANG, 27 Jun 2023 I Kumpulan Lestari Warisan (Le'Waris), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menang Anugerah Khas Juri di Festival Kesenian Zapin (FEKAZ) 2023, di Dewan Tuanku Syed Putra, USM Pulau Pinang, baru-baru ini.
Persembahan Zapin Tenglu versi Mak Usu yang dipersembahkan Kumpulan Le Waris di bawah bimbingan Pegawai Kebudayaan, Pusat Kebudayaan UMK, Encik Wan Mohd Arizuddin Bin Wan Mohd Nor, berjaya memukau para juri sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200.00, Piala Khas Juri dan sijil.
Menurut Encik Wan Mohd Arizuddin, Zapin Tenglu versi Mak Usu berasal dari Mersing, Johor dan antara tarian zapin yang popular di Johor.
Katanya, kumpulan kami mengambil masa tempoh selama tiga minggu untuk persiapan dan persediaan latihan bagi menghayati gerak tari dan lenggok zapin ini.Lazimnya, persembahan tarian ini di persembahkan oleh penari zapin dari kalangan wanita.

050723-01-02.jpg
“Allhamdullilah, pencapaian cukup luar biasa kerana ini adalah penyertaan sulung Kumpulan Le Waris untuk FEKAZ 2023. Kumpulan kami terdiri dari 12 orang penari (pelajar UMK), tiga kru dan dua pegawai pengiring.
“Festival ini dianjurkan oleh Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) USM dan dengan penyertaan dari lapan universiti antaranya UMK, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
“Johan keseluruhan FEKAZ 2023 dimenangi oleh pasukan dari UTM,” katanya.

050723-01-04.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png4.png2.png3.png
Today335
Yesterday316
This week335
This month8271
Total286423

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search