KEJAYAAN

Kejayaan

112 STAF UMK TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG, BAHAGIAN KESELAMATAN DINOBATKAN PENERIMA ANUGERAH EOSH


KOTA BHARU, 26 Jun 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meraikan 112 stafnya yang mempamerkan prestasi kerja cemerlang sepanjang tahun 2022 pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan. Turut sama menyampaikan anugerah ialah Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak.

050723-02-02.jpg
Pada majlis itu, Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cemerlang Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan iaitu Anugerah Eosh.
Penerima membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000.00, Piala Anugerah EOSH, Piala Iringan dan Sijil Penghargaan.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, pada tahun ini seramai 102 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), empat orang penerima Anugerah Jasa Setia (AJS) dan enam orang penerima Anugerah Jasa Bakti (AJB).

050723-02-03.jpg
Katanya, majlis ini turut meraikan staf UMK yang telah bersara bermula Januari sehingga Jun 2023.
“Pada tahun ini, UMK memperkenalkan kaedah baharu pemberian APC mengikut skim perkhidmatan. Contohnya, Skim Pensyarah Universiti dan Guru Bahasa, penerima adalah dalam kalangan staf yang mendapat markah purata tertinggi dan penetapan kuota APC adalah berdasarkan jumlah staf akademik di setiap fakulti.
“Manakala untuk skim lain (pentadbiran), penarafan dilakukan berdasarkan kaedah Skor Z iaitu penilaian dibuat mengikut skim di dalam PTj masing-masing terlebih dahulu menggunakan formula kenormalan data,” katanya.

050723-02-04.jpg
Tambah beliau, kaedah ini dilakukan adalah untuk menormalkan markah yang diberikan oleh ketua PTj sebelum disatukan mengikut skim dari semua PTj. Staf yang mendapat markah Skor Z tertinggi akan diberikan anugerah berdasarkan penetapan kuota APC mengikut jumlah staf dalam skim tersebut.
“Adalah menjadi harapan saya agar pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada staf untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.
“Penerima menjadi role model dan mentor terbaik kepada rakan sekerja yang lain,” katanya.

050723-02-05.jpg

050723-02-06.jpg

050723-02-07.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png7.png8.png
Today90
Yesterday316
This week90
This month8026
Total286178

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search