KEJAYAAN

Kejayaan

PROF. EMERITUS DATO’ IR. TS. DR. ZAINAI MOHAMED TERIMA ANUGERAH JASA BAKTI FPVUMK15


KOTA BHARU, 20 Jun I Mantan Naib Canselor UMK, Prof. Emeritus Dato’ Ir. Ts. Dr. Zainai Mohamed, mendahului enam penerima Anugerah Jasa Bakti FPVUMK15 pada Majlis Makan Malam Sambutan 15 tahun Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.
Anugerah kepada Prof. Emeritus Dato’ Ir. Ts. Dr. Zainai itu disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.

050723-04-03.jpg
Turut menerima Anugerah Jasa Bakti FPVUMK15 adalah Mantan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMK serta Dekan Pengasas Fakulti Agroindustri dan Sumber Asli, Prof Emeritus Dato’ Dr. Haji Ibrahim Che Omar dan Mantan Dekan Pengasas FPV yang pertama, Prof. Dr. Mohd Azam Khan bin Goriman Khan.
Selain itu, Prof. Madya Dr. Mohd Mokhtar bin Arshad (Mantan Dekan FPV yang ke -2), Prof. Dr. Jasni Sabri (Mantan Dekan FPV yang ke -3), Dato' Dr. Sharifuddin bin Abdul Wahab (Profesor Adjung FPV) dan Prof. Dr. Noordin Mohamed Mustapha (Mantan Profesor Patologi Veterinar UPM dan Felo Industri FPV UMK).
Anugerah Jasa Bakti ini diberikan kepada tokoh-tokoh yang telah menyumbang dan berjasa sepanjang penubuhan FPV UMK sejak 15 tahun yang lepas. Sumbang bakti dan pengorbanan tokoh-tokoh ini kekal terpahat dalam sejarah bidang pendidikan perubatan veterinar di Malaysia.

050723-04-04.jpg
Sementara itu, , Dato’ Dr. Hassan Basri Awang dalam ucapannya, memaklumkan bahawa FPV UMK telah mencapai umur 15 tahun pada tahun ini sejak penubuhannya pada 2009, walaupun tempoh 15 tahun tidak terlalu lama, banyak pencapaian dan kecemerlangan yang telah kita kecapi bersama.
Beliau yang mewakili Lembaga Pengarah Universiti, merakamkan penghargaan kepada mantan pengurusan universiti dan fakulti, warga FPV, rakan industri dan korporat serta alumni kerana bersama-sama dengan UMK khususnya FPV dalam memastikan kelestarian program Doktor Perubatan Veterinar UMK.
“FPV haruslah berani untuk membawa dan melaksanakan idea-idea baru yang boleh membawa kemajuan kepada industri veterinar di Malaysia.

050723-04-06.jpg
“Saya bersama dengan kepimpinan universiti akan terus berusaha untuk menyokong kemampanan fakulti ini pada masa hadapan dan saya berharap pada 15 tahun ke hadapan iaitu sambutan FPV yang ke -30, kita akan lihat banyak kejayaan dan kecemerlangan yang akan dikecapi,” katanya.
Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) merupakan fakulti keempat ditubuhkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan telah dilancarkan bermula Sesi Akademik 2009/2010.
Dalam pada itu, Prof. Dato’ Dr. Razli berkata, penubuhan fakulti ini adalah selari dengan rancangan Malaysia kesembilan dan Dasar Pertanian Negara Pertama dan Kedua (DPN2: 1992 –2010) yang memberi tumpuan kepada kesihatan haiwan, produksi ternakan dan pembangunan industri ternakan untuk mengeksploitasi pertanian dalam menjana ekonomi negara yang sihat.

050723-04-02.jpg
Beliau berkata, sempena sambutan 15 tahun penubuhan fakulti seperti program Simposium Perniagaan & Keusahawanan Veterinar (VBES'23), Pelancaran Veterinary Advanced Learning Centre (VALC) di Putrajaya, Program Kesihatan Haiwan seperti pemandulan Kucing di bawah Hospital Pengajar Perubatan Veterinar UMK dan banyak lagi.
“FPV juga turut aktif mengadakan jaringan kerjasama dengan Fakulti Perubatan Veterinari di rantau ini dan juga Asia. Majlis menandatangai MOU antara UMK dan AsSyarqiayah Universiti di Oman pada bulan Mei yang lepas merupakan salah satu inisiatif strategik universiti dalam meningkatkan keterlihatan UMK di peringkat antarabangsa,” katanya.

050723-04-05.jpg
Pada majlis itu, FPV turut menyampaikan Anugerah Khas Khidmat Bakti FPVUMK 15 kepada 12 staf yang telah menyumbang sumbangan luar biasa staf akademik dan sokongan di FPV dalam memastikan kecemerlangan program Doktor Perubatan Veterinar UMK.
FPV turut meraikan pelajar-pelajarnya yang cemerlang dengan penyampaian Anugerah Tokoh Siswa (Mohammad Auzaie bin Afandi), Anugerah Tokoh Siswi (Chin Yin Lin), Anugerah Tokoh Sukan Pelajar (Mohd Fairus Ali) dan Anugerah Tokoh Kebudayaan (Muhammad Fikri Kamaruzzaman dan Deventhri Paul Raj).
Anugerah julung kali ini diberikan bagi menghargai pelajar-pelajar FPV yang menunjukkan kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik, tapi juga kokurikum serta aktiviti pembangunan pelajar.
Sementara itu, Anugerah Alumni Cemerlang telah mengiktiraf sumbangan 12 orang alumni FPV yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing. Antaranya ialah Anugerah Alumni Cemerlang Keusahawanan, Anugerah Alumni Cemerlang Dermawan, Anugerah Alumni Cemerlang Kakitangan Awam, Anugerah Alumni Cemerlang Kesukarelawanan, Anugerah Alumni Cemerlang Jasa Bakti, Anugerah Alumni Cemerlang Ahli Akademik, Anugerah Alumni Cemerlang Antarabangsa dan Anugerah Alumni Harapan.

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png6.png4.png
Today276
Yesterday316
This week276
This month8212
Total286364

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search