KEJAYAAN

Kejayaan

UMK TERSENARAI UNIVERSITI TERBAIK ASIA, CATAT KEDUDUKAN DI RANKING 501-600 TIMES HIGHER EDUCATION (THE) WORLD UNIVERSITY RANKING ASIA 2023

BACHOK 23 Jun 2023 | Universiti Malaysia Kelantan (UMK) buat pertama kalinya berjaya disenaraikan di Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023 dengan kedudukan terbaik diranking 501-600.
Pencapaian ini berdasarkan kepada pengumuman yang dibuat di THE Summit Asia 2023 di The Chinese University of Hong Kong (CUHK), yang berlangsung semalam.
Menurut Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, kejayaan ini juga berikutan pencapaian UMK di THE World Universiti Ranking 2023 dimana UMK tersenarai buat pertama kali di kedudukan 1201-1500 yang meletakkan UMK sebaris dengan universiti bertaraf dunia.
“Times Higher Education (THE) World University Rankings Asia 2023 menggunakan tiga belas (13) penunjuk prestasi yang sama seperti THE World University Rankings, tetapi penilaian semula dibuat untuk mencerminkan sifat institusi Asia.

120723-02-02.jpg
“Merujuk kepada penarafan tersebut, UMK dinilai berdasarkan lima indikator utama iaitu pengajaran (persekitaran pembelajaran), penyelidikan (jumlah pendapatan dan reputasi), sitasi (pengaruh penyelidikan), pendapatan industri (pemindahan pengetahuan) dan hubungan antarabangsa (kakitangan, pelajar dan penyelidikan).
“Kejayaan luarbiasa ini menunjukkan komitmen UMK dalam menyediakan pendidikan bertaraf dunia dan memupuk persekitaran pembelajaran yang dinamik dan inklusif disamping usaha yang berterusan dalam penyelidikan dan inovasi,” katanya.
Tambah Prof. Dato’ Dr. Razli, pengiktirafan kemajuan UMK dalam penarafan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi dan kerja keras para pensyarah, kakitangan, dan pelajar universiti ini, malahan juga menekankan sokongan dan kerjasama kukuh dari pelbagai pihak berkepentingan, termasuk kerajaan, rakan industri, dan komuniti setempat.
“Allhamdullilah, kejayaan ini juga berdasarkan kepada komitmen Universiti dan cabaran masa depan.
“UMK komited untuk memanfaatkan pencapaian ini sebagai tunggak untuk pertumbuhan dan keunggulan berterusan. UMK berhasrat untuk memperkukuh keupayaan penyelidikan, meningkatkan kerjasama antarabangsa, dan meluaskan program akademik untuk menarik bakat terbaik dari seluruh dunia,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png1.png3.png
Today25
Yesterday316
This week25
This month7961
Total286113

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search